Tuesday, 30 December 2014
Agenda Kristianisasi Melayu - Adakah Satu Ancaman?
A. Memang wujud ancaman kepada Melayu di Malaysia yang majoritinya beragama Islam. Contoh paling ketara dikenalpasti berlaku di Sabah yang mana disebuah kampong di Lengkubong dimana Penghulu kampong dan keseluruhan ahli kariah masjid nya berjumlah 200 orang telah murtad - lebih 20 tahun sudah masjid itu ditinggalkan
B. Hasil kajian sosio keagamaan & kehidupan Kristian Melayu di Malaysia - satu dissertasi oleh Dr John Cheong (seorang paderi dan juga pensyarah di Chicago) - ada 4 ciri utama Melayu Kristian
B. Hasil kajian sosio keagamaan & kehidupan Kristian Melayu di Malaysia - satu dissertasi oleh Dr John Cheong (seorang paderi dan juga pensyarah di Chicago) - ada 4 ciri utama Melayu Kristian
- tak perlu simpan salib didalam rumah kediaman
- tak simpan bahan bacaan mengenai Kristianiti
- tak perlu realisasikan amalan kehidupan Kristian cuma sesekali menzahirkan amalan solat cara beramai bersama jemaah masjid tempatan, meliputi mendirikan amalan saperti berpuasa jika perlu. Dia beramal secara sorok sorok
- menganut agama Kristian tetapi berterusan hidup secara Melayu Islam hingga sukar untuk diketahui sebenarnya - apabila mati keluarga akan kebumikan secara Islam tetapi hal ini dibiarkan berlangsung tanpa diganggu oleh pihak gereja demi untuk menjaga keharmonian hidup masyarakat dan paling penting bagi menutup kebenaran agar rahsia tak terbongkar serta mengundang reaksi yang berlawanan.
C. "Insider Movement" - Gerakan Dalaman yang mana strategi untuk mengaburi pandangan mata masyarakat setempat yang majoriti Islam. Menganut agama Kristian tetapi masyarakat sekitar tak tahu sebab mereka ini menyamar sebagai orang Melayu Islam. Mereka berpuasa di bulan Ramadhan seterusnya menukar langsir dan membuat kuih muih dan membeli pakaian baru untuk anak anak bagi menyambut Hari Raya Puasa dan ada kemungkinan juga mengambil sabahagian dalam ibadah Korban pada Hari Raya Haji.
D. Identiti "Churchless Christian" - Kristian tanpa Gereja. Dikenalpasti begitu merebak di Semenanjung Malaysia, Indonesia, India dan Bangladesh dimana tidak perlu menukar agama ka Kristian cukup sekadar kekalkan Islam dua kalimah syahadah ditambah pengakuan bahawa Jesus itu sebagai penyelamat
E. Mengadunkan Islam dengan Kristian - 'Islamised Gospel" dipromosikan oleh para missionaries - Krislam - paderi menyamar sebagai expartriates menganjurkan supaya Melayu Islam berkenaan sayang kepada Jesus. Walaubagaimana pun strategi ini di bantah keras oleh pihak Vatican,
F. Kategori Kristianisasi MBB (Muslim Background Believers)
- C1 - orang yang masuk Kristian sepenuhnya - tak takut takut pakai salib, buang semua kelaziman cara kehidupan asal pakaian amalan dsbgnya
- C2 - orang yang masih sayang kekalkan gaya hidup bahasa asal tetapi mungkin menzahirkan agama Kristian secara sorok sorok
- C3 - macam C2 dan C4 pengikut Jesus
- C4 - borderline case berada dalam suasana mengelirukan
- C5 - hidup dengan budaya Islam tak nampak beza nya tetapi menganut agama Kristian secara senyap senyap tanpa menimbulkan syak wasangka adakalanya bersama sama mengikuti jemaah masjid/surau setempat
G. John Travis - antara yang mempromosi strategi C5 Muslim tidak perlu tinggalkan Islam untuk memeluk Kristian. Fakta sejarah - kaum Melayu paling susah hendak dimurtadkan. Harley Talman mengutarakan konsep / kaedah tipu helah "Comprehensive Contextualization" dimana fakta dissertasi 1928 masih didapati benar / tepat fakta nya pada 1968 iaitu bangsa Melayu (Semenanjung) adalah bangsa paling kuat pemegangan akidahnya.
H. "Muslim Focused Church" - istilah adat resam Muslim di gunapakai bagi menarik perhatian Melayu - datang hadiri usrah sesama ahli murtad yang lain ke sebuah rumah Hilmy Mohd Noor di TTDI dalam tahun 1988 dengan berpakaian Melayu lengkap berkopiah berkain pelikat baju Melayu seakan majlis tahlil doa selamat adanya.
I. Kes tuntutan untuk menyalahgunakan istilah kalimah Allah. Isu nya istilah God hendak diganti dengan kalimah Allah. Sebenarnya Pope Benedict XVI sendiri pada 2012 didakwa telah buat kesilapan besar menaikkan syiar Islam di Vatican dengan menyebut istilah Rabb dengan menyebut God dalam bahasa Arab iaitu Rabb. Dia tak guna istilah Allah tapi dia guna Rabb. Vatican terpaksa memperbetulkan laporan akhbar maksud sebenar nya berkait dengan "may be blessed by God i.e Rabb jadi Pope sendiri tak mahu gunakan istilah Allah. Nama God di Amerika diguna Elohim jadi apa sebab di Malaysia nak digunapakai istilah Allah ini jelas membuktikan bahawa isu sebenar puak Kristian sengaja mahu timbulkan krisis sosio kehidupan dirantau ini dengan menyalahgunakan kalimah Allah itu sendiri sebagai senjata untuk menawan hati Melayu Islam memudahkan mereka baca bible.
J. Strategi tipu muslihat dalam usaha mengkristianisai. Sepasang suami isteri di Afrika dimarahi oleh Paderi melarang menggunakan kalimah memuji Allah seperti Alhamdulillah, In Syaa Allah kerana kata Paderi itu Tuhan mereka sekarang bukan Allah lagi, walhal semasa dalam proses dakyah memujuk dahulu dia mengatakan boleh pakai kalimah Allah. Konsep "Comprehensive Contextualization" digunakan sebaik mungkin untuk menawan orang Muslim dengan mempromosikan kalimah Allah di Malaysia, kalimah Iswara bagi menawan Hindu di India dan Followers of Isa di Bangladesh dan seterusnya di Iran, Pakistan an Afghanistan.
K. Prof J Dudley Woodberry dari California mencadangkan penggunaan konsep "Contextualization" secara lebih mendalam dengan mempromosikan elemen elemen Rukun Iman dan Rukun Islam semasa berdakyah kepada orang Islam. Ini meliputi menyediakan ayat ayat bible yang perlu dibaca semasa rakaat pertama dan rakaat kedua apabila mendirikan solat bersama jemaah lain dalam masjid. Ini sangat banyak berlaku di Bangaladesh dimana terdapat terlalu ramai Followers of Isa daripada penganut Kristian yang menjadikan masalah besar kepada para paderi disana. Seperti dalam kes Insider Movement mereka ini turut serta mendirikan ibadah yang sama seperti orang Islam yang tulin semasa contohnya dalam persiapan menyambut hari hari kebesaran Islam. Walaubagaimana pun ide Woodberry itu menerima tentangan hebat dari para paderi dengan alasan bagaimana mereka hendak membaca Syahadah dan ketika membaca Fatihah maka mereka kata memang tidak boleh bagi orang Islam yang telah murtad untuk menyertai solat berjemaah bersama orang Muslim..
L. Strategi Sukan. Dihantar secara bergilir paderi paderi daripada Brazil yang pandai bersukan mahir dalam bola sepak sebagai jurulatih dipusat pusat latihan bola sepak di seluruh dunia. Brazil Football Centre Subang Jaya diasaskan Dr Henry Pillay paderi dari Klang. Kesemua 4 orang jurulatih bolasepak yang bertugas di BFC adalah paderi Kristian. Ketika berlaku kes BBMC yang dibuat serbuan JAIS di gereja itu dimana sedang berlangsung satu majlis jamuan makan malam yang bermula 6.30 petang di bulan Ramadhan. Apabila diteliti kandungan laporan sms dari salah seorang jurulatih bernama Williams de Silva ada frasa . . . . . "there were 50 former Muslims" . . . . .daslam kenyataan William de Silva kepada gereja nya di Brazil BCB Baptist Church Brazil, yang mana specific perjanjian nya dengan BFC tersebut "basic aim to baptise all Muslim Malays".

M. Strategi terbaru dan paling menakutkan ialah diketahui seorang ketua NGO yang liberal di Malaysia pernah bercadang dan sudah pun menulis versi baru tafsir Al Quran dan diketahui sehingga ini sudah siap sebanyak 10 juzuk. Termasuk menafsir semula surah Al Fatihah dan Al Baqarah kerana kata nya orang orang dahulu telah salah tafsirkan orang Kristian dan Yahudi sebagai sesat maka sebab itu lah katanya orang Islam dan Yahudi asyik bergaduh dari dahulu sampai sekarang jadi perlu di tafsir semula bertujuan untuk merapatkan ukhuwah kononnya. Dan nama NGO itu pun menggunakan nama Islam.
N. Gambar upacara baptism disebuah kondo berhampiran KLCC dimana dalam gambar itu menunjukkan lelaki Melayu bekas pesara kerajaan sedang di baptistkan disaksikan seorang paderi Melayu Indonesia, paderi India, paderi Inggeris dan seorang paderi elayu Semenanjung Malaysia. Gabar itu diambil secara sulit oleh seorang ahli Muafakat yang telah menyelinap masuk kedalam kumpulan itu secara menyamar untuk mengintip rahsia pergerakan Kristianiti.