Sunday, 9 June 2019

HAMBA-HAMBA ALLAH YANG DIREDHAI - {IQRA' @ TALAQI}


Hamba-Hamba Allah Yang Diredhai

Firman2 Allah SWT :
[A] Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;
Al Furqan 25.63

Azab Berbicara :

{A1} Berbicaralah yang baik atau diam :

{A1.1}

Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.
Al Isra' 17.53

{A2} Keutamaan perkataan baik
{A2.1}

Dan mereka diberi petunjuk kepada mengucapkan kata-kata yang baik , serta diberi petunjuk ke jalan Allah Yang Amat Terpuji.

Al Hajj 22.24
{A2.2}
Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula diangkatNya naik (sebagai amal yang makbul yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). Dan sebaliknya orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa.
Fatir 35.10

{A3} Perkataan baik dan perkataan buruk 
{A3.1}

Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.
Ibrahim  14.24 
{A3.2}
Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).
Ibrahim  14.25
{A3.3}

Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup.
Ibrahim  14.26
{A3.4}

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

An Nur  24.26

{A3.5}

Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya sambil berkata: "Bagi kami amal kami dan bagi kamu pula amal kamu; selamat tinggalah kamu; kami tidak ingin berdamping dengan orang-orang yang jahil".

Al Qassas  28.55

 {A4} Sebaik - baik perkataan :
{A4.1}
Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.

Az Zummar  39.18
{A5} Berkata benar 
{A5.1}

Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).

Al Ahzab  33.32
{A5.2}

Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara),

Al Ahzab  33.70
{A6} Larangan berbuat keji :

Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
An - Nissa'  4.148
{A6.2}

Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) - yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya.
Al - An'am'  6.151
{A6.3}
Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkanNya) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya.
Al - A'raf  7.33


{A6.4}
Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.
An - Nahl  16.90
{A6.5}

Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
Al - Mukminuun  23.3

{A6.6}

Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.

An - Nur  24.15

{A6.7}
Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: "Tidaklah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan".
An - Nur  24.16
{A6.8}
Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).
An - Nur  24.19
{A6.9}

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui
An - Nur  24.21
{A6.10}
Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.
Al - Furqan  25.72
{A6.11}
"Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia,
Ash - Syu'ara'  26.165
{A6.12}
Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan); (ingatlah peristiwanya) ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji sedang kamu nampak kejinya?
An-Naml 27:54
{A6.13}
"Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki, bukan perempuan, kerana memuaskan nafsu syahwat kamu. (Perbuatan kamu itu amatlah keji) bahkan kamu kaum yang jahil (yang tidak mengetahui akan akibatnya)".
An-Naml 27:55
{A6.14}

Dan (ingatkanlah peristiwa) Nabi Lut tatkata ia berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorangpun dari penduduk alam ini sebelum kamu.


Al-Ankabut 29:28

[B] Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri, 
Al Furqan 25.64
Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengerikan
Al Furqan 25.65
Sesungguhnya neraka Jahannam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk";
Al Furqan 25.66
[C] Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu,
Al Furqan 25.67

(D) Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya; 
Al Furqan 25.68
Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan,

Al Furqan 25.69


[E] Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengenakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Al Furqan 25.70


Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat;
Al Furqan 25.71


[F] Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.
Al Furqan 25.72


[G] Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta.
Al Furqan 25.73

[H} Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

Iaitu orang-orang yang memohon kepada Allah agar keluar daripada darah daging mereka dan keturunan mereka golongan yang taat dan beribadat hanya kepada-Nya serta tidak mempersekutukan-Nya.
Al Furqan 25.74
Ibnu Abbas r.a. berkata, "Mereka ingin keturunan yang taat, yang menyenangkan hati baik di dunia mahupun di akhirat".
Ikrimah r.a. mengatakan, "Mereka tidak setakat menginginkan keturunan yang memiliki keindahan dan kecantikan, tetapi mereka menginginkan keturunan yang taat".

Al Hassan Al Basri berkata, - ia ditanya tentang ayat ini- , ia menjawab, "Agar Allah memperlihatkan kepada hamba-Nya yang muslim bahawa isteri, saudara dan sahabat karib sentiasa ada dalam ketaatan kepada Allah. Tidak, demi Allah, tidak ada sesuatu pun yang lebih menyenangkan pandangan/hati seorang muslim selain daripada melihat anaknya, cucunya, saudaranya, dan sahabat karibnya, taat kepada Allah SWT."
Dan Allah SWT berfirman, {.... dan dijadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.} (Surah Al-Furqan, 25:74) Ibnu Abbas, Al-Hassan, Qatadah, As-Sudi dan Ar-Rabbi bin Anas berkata, "Ialah pemimpin-pemimpin yang membimbing kami kepada kebaikan".

Selain daripada mereka berkata, "Para pemberi petunjuk dan penyeru kebaikan. Mereka menginginkan ibadatnya bersambung dengan ibadat anak cucu dan keturunan mereka. Mereka menginginkan petunjuk sampai manfaatnya kepada orang lain. Dengan demikian, mereka mendapatkan pahala lebih banyak dan lebih baik tempat kembalinya (di akhirat)." 

Oleh sebab itu, diriwayatkan dalam Sahih Muslim, daripada Abu Hurairah r.a. ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Apabila anak cucu Adam mati, maka terputuslah seluruh amalnya, kecuali tiga, iaitu anak soleh yang mendoakannya, ilmu yang bermenafaat bagi orang setelahnya, dan sedekah yang mengalir." (Ibnu Katsir, Tafsirul Qur'ani'l Azim, Jilid 10, 1421 H/2000 M: 332-334).
daripada Abu Hurairah r.a.dia berkata, Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya Allah SWT akan mengangkat darjat seseorang hamba yang soleh di Syurga. Kemudian hamba ini berkata, 'Wahai Rabb, daripada mana semua ini?'
Allah SWT berfirman, "Daripada istighfar (mohon ampun) anakmu."

(Hadis Riwayat Imam Ahmad). [Mustafa bin 'Adawi, As-Sahihul Musnad minal Ahadithil Qudsiyyati, t.t. : 198]
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda, "Wanita itu dikahwini kerana empat perkara : kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka pilihlah wanita kerana agamanya, nescaya kamu akan beruntung."
(Hadis Riwayat Bukhari,  Juz 3, No Hadis 5090, 1422 H : 360)

Tuntutan Doa :
Doa Mohon Anugerah Isteri dan Keturunan yang Menyenangkan Hati 
 
Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya,
Al Furqan 25.75

Mereka kekal di dalam Syurga itu; amatlah eloknya Syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal.
Al Furqan 25.76



No comments:

Post a Comment