Saturday, 6 July 2019

METAFIZIK ISLAM (‘ulum al-haqa’iq - TASAWUF)

The Islamization of ontology and metaphysics which marked the real break from the Aristotelian tradition—that is, the real transition from the metaphysics of the existent (mawjud) to the metaphysics of being and existence (wujud)—was accomplished by the Sufis, particularly as refl ected in the rational and theoretical formulation of the ‘system’ by Ibn al-‘Arabi, their greatest representative, as based on intuitive knowledge gained from spiritual experience. Their school of thought, asignifi ed by the various appellations applied to its exponents such as the People of Unity (ahl alwahdah), the Affi rmers of Unity (al-muwahhidun), the Existentialists or Affi rmers of Existence as the Sole Reality (al-wujudiyyah)—is characterised by its affi rmation of the transcendent Unity or Oneness (wahdah) of Being or Existence (wujud); and hence it became known as the school of wahdat al-wujud.25
Syed Muhammad Naquib al-Attas



Asas dan Dasar Futuhat :

Asas pembicaraan Futuhat berkisar mengenai tiga martabat ilmu.

Martabat pertama ilmu diperoleh akal secara naluri, atau/dan melalui proses berfikir. Secara naluri, dan segera diketahui oleh akal seperti prinsip mustahilnya satu benda itu ada dan tidak ada serentak. Contohnya, mustahil untuk “Tuhan itu wujud dan tidak wujud” serentak. Mustahil bahawa “Tuhan itu Esa dan berbilang” serentak.

Ada pula ilmu yang diperoleh tanpa perlu berfikir tetapi pasti (badihah) yang tidak dapat dibantah, seperti “satu adalah separuh daripada dua”.

Selanjutnya, ilmu diperoleh oleh akal dengan menyelidik bukti (dalil), melalui proses taakulan fi kiran.32 Oleh kerana kesalahan dan kekeliruan juga boleh berlaku, sebahagian dugaan akal adalah sahih dan sebahagian yang lain tidak sah (fasid).

Martabat kedua ilmu diperoleh dengan merasai atau mengecapi hal atau keadaan sesuatu. Manisnya madu, pahitnya jadam, hanya boleh diketahui dengan merasai, begitu juga asyiknya cinta, kasih yang mendalam, geloranya rindu (wajd) hanya boleh diketahui melalui pengalaman merasainya (dhawq)35 yang secara langsung terus tepat mengesahkannya.

Tanpa merasainya secara langsung, ilmu tersebut tidak akan diperoleh. Sepandai mana pun seseorang itu, dia tidak akan dapat mengetahuinya sama ada melalui takrifan erti mahu pun ketetapan dalil-dalil akal.

Ilmu ini boleh diterima oleh orang yang mengalaminya, tetapi tidak boleh dipindahkan kepada orang lain yang tidak menerima pengalaman yang sama. Tidak mungkin untuk benar-benar mengetahuinya melalui nukilan perkataan atau laporan berita, betapa panjang berjelapun laporan ceritanya.

Sebaliknya penerangan yang panjang lebar mengenainya hanya menyebabkan putar-belit hakikat sebenar.Tidak mungkin untuk orang yang merasainya menjadikan orang yang tidak merasai untuk memperoleh ilmu sedemikian; martabat orang yang merasai sama sekali berbeza dengan orang yang tidak merasai, mustahil untuk benar-benar memahamkan orang yang tidak merasai akan apa yang dikecapi oleh orang yang merasainya.

Kalaupun ilmu ini perlu diajar kepada orang lain, cukuplah mengungkapkannya secara peribaratan isyarat yang membayangkan maksud sebenar orang yang merasainya. Itupun belum tentu pernyataan tersebut dengan segala peristilahannya akan pasti difahami oleh pendengarnya.

Walau bagaimanapun, orang yang mendengar boleh bersetuju, mengiakan dan menerima rumusan orang yang merasainya, sebagai peringatan (munabbih wa mudhakkir) jika kemudiannya dia lupa.

Kesalahan dan kekeliruan ilmu ini di kalangan ahl aldhawq tergambar dalam keadaan seseorang yang lidahnya dipenuhi hempedu, hingga dia merasai madu pahit rasanya, sedangkan hakikat sebenar bukan sedemikian. Apa yang sebenarnya menyentuh lidah (alat perasa-jasmani) adalah hempedu dan bukan madu.

Martabat ketiga ilmu digelar ‘ilm al-asrar. Asrar (kata tunggal sirr) adalah perkataan yang memiliki makna berlawanan iaitu rahsia dan nyata, apa yang tersembunyi dan apa yang dizahirkan. Iaitu ilmu yang rahsia yang dizahirkan dalam hati-damir seseorang Nabi dan wali oleh Allah. Rahsia Zahir dan Hati ketiga-tiganya dipanggil sirr dalam bahasa Arab.

Justeru, ilmu ini melampaui batas ilmu yang diperoleh melalui akal dugaan. Ini adalah ilmu yang dihembuskan oleh Ruh al-Quds dalam hati (ru`).43 Inilah ilmu yang khusus bagi para nabi dan wali, seperti fi rman-Nya

“(Allah) menentukan kurnia rahmat-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah mempunyai anugerah yang mahabesar.”

Imam al-Ghazali menjelaskan bahawa ilmu yang rahsia yang dizahirkan dalam hati-damir seseorang wali itu tidaklah lain atau bercanggah dengan Wahyu kerana ilmu tersebut adalah mengenai lima perkara berikut. 1) Ilmu mengenai perkara yang sangat samar, terlalu halus sehingga menumpulkan kefahaman ramai orang.

Contohnya seperti ilmu mengenai rahsia ruh dan ilmu mengenai sifat-sifat Allah SWT yang sama sekali tidak ada keserupaan-Nya bagi makhluk. Dalam satu hadith disebutkan:
“Bahawa bagi Allah Yang Maha Suci tujuh puluh hij ab daripada nur. Jikalau dibuka-Nya, niscaya kemahasucian wajah- Nya akan membakar pandangan yang melihatnya” (Ibn Hibban dari Abu Hurairah).

Mengetahui Ilmu ini adalah kurnia rahmat kepada orang-orang tertentu sahaja, yang bertanggungjawab untuk tidak menyebarkannya kepada mereka yang tidak berkeahlian sehingga tertimpa fi tnah akibat singkatnya kefahaman mereka yang beku. 2)

Ilmu mengenai perkara-perkara yang kalau disebut boleh membawa mudarat rohaniah kepada bahagian terbanyak dari pendengar.

Contohnya seperti mengenai rahsia taqdir yang ditentukan oleh Allah SWT. 3) Ilmu pemahaman yang mendalam tanpa batasan mengenai apa-apa yang disebutkan dalam Agama tidak secara langsung tetapi secara kiasan (kinayah), peribaratan (isti`arah) dan isharat (rumuz): “dan perumpamaan-perumpamaan ini (dalam Wahyu)

Kami buatkan untuk manusia; dan tiada yang memahaminya kecuali
orang-orang yang berilmu” (al-Ankabut, 29: 43).

Contohnya kias peribaratan dan isharat yang berikut:

“Tidakkah engkau perhatikan Tuhanmu, bagaimana Dia jadikan bayang-bayang itu memanjang! Kalau dikehendaki- Nya nescaya dij adikan ia [bayang-bayang] tetap [tiada hilang dengan terbit matahari]! Kemudian Kami jadikan matahari itu sebagai tanda baginya (perubahan bayang-bayang itu). Kemudian Kami genggam ia (bayang-bayang) kepada Kami, dengan tarikan yang perlahan-lahan” (al-Furqan, 25: 45). 4)
Ilmu mengenai perincian (tafsil) kepada apa yang diketahui oleh masyarakat awam hanya secara umum dan ringkas sahaja (ij mal); iaitu perincian ilmu yang difahami menerusi pengalaman kerohanian (tahqiq, dhawq, tajribah).
Seperti iman, tasdiq, dan rindu. 5) Ilmu mengenai hakikat keadaan (hal) kata-kata (maqal). Seperti “Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah SWT......................Bersambung ke bahagian ..4

No comments:

Post a Comment