Saturday, 4 August 2018

KLASIK ARAB کااسک ارب

1 Permulaan


كيف حالكم؟
Bagaimana kamu semua?
How are all of you?

 نحن بحير والْحَمْدُ لِلَّهِ
Kami semua  dalam keadaan baik dan segala puji bagi Allah ( segalanya milik Allah belako )
We all are fine and Alhamdulillah.

كيف حالك؟
Bagaimana kamu ?( seorang sahaja)
How are you?

انا بخير  والحمد الله
Saya dalam keadaan baik dan segala puji bagi Allah ( segalanya milik Allah belako )
I am fine and Alhamdulillh

Beza كم dengan ك
كم kamu semua  manakala ك kamu seorang
بخير dalam keadaan baik
خير baik
نحن kami dan انا saya

2 Tulisan dan Sebutan
 هَٰذَا bermakna “Ini “
هذا 
ه bacaan panjang dan ذ pun panjang dua harakat
ذَٰلِكَ bermakna “Itu”
ذلك
ذ  bacaannya panjang dua harakat
( Harap maaf  IPhone tidak ada kemudahan untuk membariskannya dengan betul)

هَٰذَا مسجد وذَٰلِكَ بيت
Ini masjid dan itu rumah

هَٰذَاحصان وذَٰلِكَحمار
Ini kuda dan itu keldai

ما هَٰذَا وما ذَٰلِكَ؟
Apa ini dan apa itu?

هَٰذَا كلب وذَٰلِكَ قط
Ini anjing dan itu kucing

Dan boleh juga dengan meletakkan huruf “ا" didepan perkataan كلب  yang bermaksud apakah
اكلب ذَٰلِكَ؟ لا ذَٰلِكَ قط
Adakah itu anjing? Tidak, itu kucing.

اقط   ذَٰلِكَ؟ لا ذَٰلِكَ كلي
Adakah itu kucing? Tidak, itu anjing

ما  ذَٰلِكَ؟  ذَٰلِكَ سرير
Apa itu? Itu katil

3 Cara tulisan huruf terutama huruf ekor
1) Ada huruf yang serupa kalau ditulis awal, tengah dan terakhir seperti berikut:
ااا، ببب، تتت ، ثثث ،ددد ، ذذذ، ررر، ززز،
2) Ada huruf yang tidak serupa di akhir
ججج ، ححح ، خخخ ، ففف، صصص، ضضض، ككك ،ممم، ننن، للل ، ييس سسس ، ششش
3) Ada huruf yang tidak serupa belako, awal, tengah dan akhir
ههه ، ععع ، غغغ

4 Ayat sempurna
هذا قلم .القلم مكسور
Ini pencil. Pencil  ini patah
ذلك باب  الباب مفتوح
Itu pintu. Pintu itu terbuka

اكرسي هذا؟ لا هذا مكتب والمكتب مكسور
Adakah ini kerusi? Tidak,  ini meja dan meja ini patah.

5 Perkataan  berlawanan
1) جالس vs واقف
Duduk vs Berdiri 
2) كبير vs  ?
Besar vs Kecil

6 Huruf ال menunjuk object yang tertentu “the” mithalnya  فلم dengan tanwin didepan  apabila ditambah الً menjadi القلم huruf م baris hadapan sahaja tidak lagi tanwin.
مكتب jadi المكتب
7 Apabila hendak menceritakan object
القلم مكسور
Pencil itu patah
Maka مكسور ، huruf ر dengan tanwin baris hadapan, sedangkan القلم huruf م  hanya dengan baris hadapan dan tidak pula tanwin.

AM I CONFUSING YOU ALL?


Wassalam

No comments:

Post a Comment