Tuesday, 29 October 2013

Tuesday, 29 October 2013


facebook posts dzeds :-

1. 
Hudud bermusim.
Hudud Brunei: Sudah dilaksanakan baru ada berita tersebar.

Hudud PAS: Masa pilihanraya ada berita,habis pilihanraya simpan dalam peti ais takut basi.

#Mf
Like · · 
  • Mohd Zaharin Abdullah 1). Kedudukan Islam hanyalah sebagai ’agama rasmi’ dan bukan bermaksud merangkumi keseluruhan kehidupan " a way of life " atau Ad Deen, termasuk undang-undang. Ini dapat dibuktikan melalui peruntukan-peruntukan di dalam Perlembagaan Negara, contohnya Perkara 3(1), (4), Perkara 4, Senarai I (4) (Senarai Persekutuan) dan Senarai II (1) Jadual kesembilan (Senarai Negeri) daripada Perlembagaan Persekutuan, dan peruntukan seksyen 3 dan 5 di dalam Akta Sivil 1965. Dengan perkataan lain, kedudukan agama Islam di Malaysia masih lagi tidak jelas dan kabur, atau ’separuh Islam’, separuh lagi ’tidak Islam (sekular)’. Seterusnya tiada ketegasan politik dan kekurangan political will dalam soal ini terus membelenggui maksud ’agama rasmi’ itu. Pandangan ini ada benarnya.
  • Mohd Zaharin Abdullah 2). Kebanyakan undang2 di Malaysia adalah undang-undang sekular, iaitu undang2 Inggeris dinyatakan secara jelas dalam Akta Undang-undang Sivil 1956 dan Perlembagaan Persekutuan. Undang-undang Islam menurut peruntukan Perlembagaan hanya bertumpu kepada soal undang-undang personal (seperti perkahwinan, perceraian, wakaf, zakat, pengurusan masjid, baitul-mal dan perwarisan) sebagaimana yang dinyatakan di dalam Senarai II (1) Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan dan enakmen-enakmen pentadbiran undang-undang Islam negeri-negeri. Hal-hal berkaitan jenayah yang merangkumi hukum Hudud adalah tertakluk pada bidang kuasa Persekutuan bukan dibawah Negeri. Agar mudah hendak di kotak katek kan oleh pihak tertentu yang benci kepada Islam? Ini semua susur galur karenah agen agen Dajjal Laknatullah yang terus menerus dari dahulu, kini dan selama-lamanya membenci amat sangat kaum Islam dan akan mempastikan kejatuhan dan kehancuran ummat Islam diseluruh dunia - iaitu diantaranya pergerakan Freemasonary, Wahhabi, Salafi dan Shi'ah.
  • Mohd Zaharin Abdullah 3). Kita seharusnya berfikiran positif dalam menafsirkan maksud ’agama rasmi’ sebagaimana yang dikehendaki oleh Perlembagaan. Memang benar menurut Suruhanjaya Reid, Kertas Putih dan Che Omar, ’agama rasmi’ ini hanya berbentuk ritual dan tidak merangkumi keseluruhan ’cara hidup’ termasuk undang-undang, dasar-dasar kerajaan dan pentadbiran negara. Namun begitu, selepas 12 tahun kemudian, Mahkamah Persekutuan (Mahkamah tertinggi di Malaysia) di dalam Meor Atiqulrahman, mengambil pendekatan berbeza, iaitu agama Islam itu bermaksud ’a way of life’. Ini juga boleh dihujahkan, undang-undang di Malaysia perlu juga berlandaskan kepada ajaran-ajaran Islam. Dengan lain perkataan, pendekatan ini dalam Meor Atiqulrahman akan membuka ruang yang lebih luas kepada agama Islam untuk diamalkan bukan setakat amalan ritual, malahan dalam ruang lingkup yang lebih luas lagi, termasuk undang-undang.
  • Mohd Zaharin Abdullah 4). Pada pandangan saya, bagi melaksanakan agama Islam sepenuhnya di negara kita, termasuk menjalankan undang-undang Islam, bukan hanya setakat peruntukan-peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan perlu diubah, tetapi yang paling penting adalah keazaman politik (political will) dan kesedaran masyarakat/ummat Islam di Malaysia tentang peri pentingnya mengamalkan ajaran Islam perlu diwujudkan dan pergiatkan bagi melaksanakan program-program dan projek-projek besar Islam yang bersesuaian dengan kehendak-kehendak Islam itu sendiri. Buat masa ini adalah diharapkan bahawa negeri2 dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat lebih mampu memulakan langkah pengamalan ciri-ciri murni pengurusan telus dan tanpa ketirisan ekonomi selaras dengan ajaran Islam bagi pemimpin Islam nya dan juga perlaksanaan konsep good governance bagi pemimpin bukan Islam nya. Beberapa kesan dari kebaikan amalan2 sedemikian pun sudah dapat dinikmati dinegeri2 tersebut yang mana telah pun disahkan secara terperinci serta professional melalui Laporan2 Audit Negara bagi 2 tahun perakaunan berturut turut. Malah pandangan pihak Audit Negara amat berbeza iaitu lebih bercelaru bagi negeri2 dibawah pentadbiran Barisan Nasional, adanya. Bukan niat bermegah atau sombong atau hendak berpolitik sempit tetapi itu kebenaran penemuan pihak yang berwajib yang perpengajian tinggi, professional, sikap berani menyalak bukit diatas dasar facts and figures, tegas dan ikhlas, hasil dari pengamalan dan aplikasi ciri-ciri pemerintahan Syariat Islam. Wallahualam.
  • Mohd Zaharin Abdullah Jadi disini saya lihat memang tidak ada masalah seperti yang tuan nyatakan iaitu soal Hudud disimpan dalam peti selepas musim PRU sebab takut basi atau sebagainya. Dakwaan sebegitu tidak benar sama sekali. Penjelasan bagi negara Brunei mudah saja kerana Brunei mengamalkan sistem kerajaan Constitutional Monarchy dalam pada itu Sultan bertindak sebagai Ketua Kerajaan sekali gus menikmati political influence yang sepenuhnya. Jauh berbeza dengan Malaysia. Justeru itu tuan agak kurang tepat dalam kenyataan "Masa pilihanraya ada berita,habis pilihanraya simpan dalam peti ais takut basi." Dan lagi mana ada istilah Hudud Brunei dan Hudud Pas ? Hanya ada Hudud Allah swt!
  • Anjung Senama Brunei mempunyai 70% rakyat Islam dan mampu laksanakan Hudud. Kelantan mempunyai lebih 95% rakyat Islam yang menyokong PAS 100%. Mengapa selepas 50 tahun wujudnya tak mampu laksana Hudud. Tak kan nak salahkan UMNO yang sudah di kafirkan. Kalau PR pandai mentadbir dan rakyat pandai menilai, mengapa mesti bertungkus lumus nak menjatuhkan BN dengan fitnah terhadap SPR dan Bangla yang tak berdosa. Ukur sajalah kewibawaan ahli Parlimen PR dalam dewan rakyat sekarang.
  • Anjung Senama Kalau betul PR berlandaskan syariat Islam, mengapa ramai ahli nya menyertai perjuangan Comango yang terang terangan nak membunuh Islam? . Mengapa nak bawa balik abu CP? Mengapa nak menggunakan istilah Allah walhal agama PR menghina Allah swt. Nak sebut nama Allah pun belum tentu betul lagi. Wahai pengikut PR, bertaubatlah selagi ada masa.
  • Anjung Senama Rakyat Brunei menjunjung Sultan diatas batu jembala mereka. Rakyat PR Johor menghina Sultan mereka dan rakyat PR Perak menghalang laluan Raja Muda dengan baring siap berkopiah selepas Jumaat menghalang kereta Raja Muda. Konon nya nak jadi Jebat tapi tak menjadi.
  • Anjung Senama Hishamudin Rais, pakar mengguling kerajaan dengan demonstrasi jalanan, menyatakan Islam di ciplak dari agama Hindu, dan Al Quran di tiru oleh Rasulullah saw dari kitab Rig Veda hindu. Inikah syariat Islam yang di ajar PR kepada anak anak mereka?
  • Anjung Senama Tony Pua memanggil SSM running dog (anjing suruhan) UMNO. PAS diam tak terkata apa apa. Inikah Syariat Islam yang diperjuangkan PAS? .
  • Anjung Senama . Kalau sudah begitu ariff dalam bidang perundangan dan pentadbiran Islam, mengapa PAS gagal mentarbiah KS yang dengan megah mengisytiharkan langkah mayat nya dahulu sebelum Islam dijadikan agama rasmi. Dimana kah nampaknya ADDEEN yang diserapkan dalam gaya hidup rakan kongsi mereka ini? Ilmu tanpa Amalan yang setimpal tak dinamakan Ilmu sebenar nya.
  • Mohd Zaharin Abdullah Bukan 70% rakyat Islam Brunei yang mampu laksanakan hukum Syariah – yang mampu sebenarnya ialah Sultan Hasannal Bolkiah yang mana dialah raja bertakhta dialah sultan dialah perdana menteri dialah Ulil Amri dan dialah segala galanya. Siapa nak lawan?

    Keadaan Malayisa amat berbeza. Kita boleh kata Malaysia telah disyahadahkan dgn kalimah Islam melalui Perkara 3(1) Perlembagaan. Ini bermakna kerangka keIslaman itu telah lama dari asal wujud dalam Perlembagaan. Cuma yang tinggal adalah perlaksanaan dan pengisian yang sesuai disebalik semangat kerangka ke Islaman tersebut. Terpulang kepada kita untuk mengisi kerangka itu dengan apa yang dituntut oleh Islam. Masalahnya dalam beberapa perkara pentadbiran dan pengurusan Negara, hal hal syariat Islam telah banyak diabaikan. Itulah sebab yang amat perlu sekarang ialah untuk mewujudkan POLITICAL WILL untuk berbuat sedemikian.

    Habis apa masalahnya dah 50 tahun BN perintah masih tak mampu laksanakan hukum Syariah? Jawabnya : TIDAK ADA SEMANGAT KEISLAMAN YANG SEBENAR dan TIDAK ADA POLITICAL WILL. Oleh sebab itulah mesti bertungkus lumus nak menjatuhkan BN. Bila BN dah jatuh dapatlah ubah beberapa perkara dalam Perlembagaan secara menyeluruh, yang paling utama perkara2 mengenai Hukum Jenayah Islam yang selama ini tersekat oleh halangan2 peruntukan undang2 diperingkat Negeri, iaiatu hukum potong tangan, rejam (An Nuur), hukum merompak ( al hirobah – Al Maa’idah 5.33), hukum qadzaf – an Nuur 4) hukum qisas al Baqarah 2) dan hukum ta’azir . . . . yang mana masih ramai orang Melayu faham sebagai Hudud terutama golongan Melayu yang masih taksub percaya kpd kitab Utusan/Berita Harian yang mana telah mentarbiahkan bahawa itu adalah Hudud Pas Haji Hadi dan Nik Aziz yang tulis dan bukan Hukum Allah! Siapa kata hukum memperkasakan hak ALLAH ( Hudud) tidak ada dalam Al Quran?

    “Fitnah” terhadap SPR dan Bangla kesian itu bukan fitnah tetapi semuanya BENAR bang! Ada bukti lengkap dikumpulkan secara professional dan disahkan benar , tetapi semuanya telah ditolak en bloc oleh Mahkamah atas alasan teknikal. Belum ada lagi Hakim Malaysia yang ada semangat keIslaman dan Judicial Will untuk melawan arus.

    Yang boleh diharap satu saja. DYMM YDP dilanik mengikut Perkara 32(1) Perlembagaan sebagai Ketua Utama Negara Persekutuan. Walaupun Dasar Demokrasi Berparlimen membataskan raja raja dari sudut politik dan pemerintahan, namun kedudukan tertinggi mereka dari sudut keagamaan tidak dinafikan. Kedudukan institusi beraja masih menjadi benteng terutama dan terakhir terhadap agama Islam, terutama jika suasana politik kepartian sudah tidak memihak kepada Islam lagi.
  • Mohd Zaharin Abdullah PR = gagasan parti politik …….. NGO = bukan gagasan parti politik
    COMANGO = gagasan NGO . . . . so see the difference?
    Apa statistic nya ? Berapa orang ahli PR ada dalam COMANGO? The word “ramai” is subjective. Anak cucu LKS might be in there. Anak Mahathir might be in there too. So what? Apa nak takut sama COMANGO? You know how many Freemasons. Wahahbi, Salafi, Syiah there are in Malaysia, some already holding top posts in BN long before Merdeka days and also there are some hiding in PR now? Some may have already contributed to damages here and there while serving the kerajaan as elite public service officials. They are everywhere and have been with us long time already. Who cares? Just take care one’s own Aqidah enough laa.
    Abu CP is not national issue . . . . it is political power show of the rotten kind . . . keeping the abu outside or inside Malaysian borders wont reduce the diesel price for poor lorry drivers.
    PR tak pernah hina Allah. Yang diheboh hebohkan ialah penggunaan perkataan Allah dan bukan dipertikaikan zat Allah. Zat Allah memang untuk semua makhluk Nya, bukan khas untuk orang Melayu sahaja. Tetapi perkataan Allah dalam Al Quran, dalam Islam ia merujuk khas kepada ke Esaan Tuhan, orang Islam faham sangat tu, jika tak akan batal lah Islam dia jangan main main. Walhal perkataan Allah dalam bible merujuk kepada maksud lain iaitu Bapa. So . . . different understanding . . .whats the big fuss? Apa kesannya pada aqidah penganut Islam kalau dia yakin 100% Allah adalah Tuhan nya Yang Maha Esa. Apa peduli orang kristian nak guna perkataan Allah juga untuk Bapa dia? Yang akan hadir semasa soalan kubur hanya 2 makhluk Allah iaitu 2 malaikat. Orang kristian tak dijemput dudok ditengah tengah sebagai saksi! Kenapa pulak perlu minta adakan perintah mahkamah Sivil untuk pertahankan kewibawaan Tauhid orang Melayu Islam dinegara ini. Kenapa pulak perlu diwujudkan Kementerian Agama? Untuk nak mohon surat sokongan jawab soalan kubur ke? Kita sudah ada clause khas dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Melayu rakyat negara ini adalah Islam. Based on that clause tidak ada sesiapa pun boleh pertikaikan hak istimewa Islam di negara ini. Apa nak lagi, buat undang2, tankap orang yang menghina Islam. Sumbat dalam ISA. Itu sahaja. Ini lah satu contoh betapa bodohnya orang2 yang nak mentadbir negara yang ada hari ini.
  • Mohd Zaharin Abdullah Syariat Islam diajar daripada Al Quran dan Hadis sahaja. PR pun tak ada buka kelas Syariat Islam. Lagipun itu bukan tujuan ia ditubuhkan nak buka banyak kelas mengajar Syariat Islam. Kelas swasta dijalankan ahli Pas banyak lah merata. Siapa nak join bayar lah fees. Semua nak pandai kena belajar sendiri cari guru mursyid. PR tak ada berharap pada orang macam HR ni untuk perjuangkan Syariat Islam. HR pun dia bukan nabi ada disebut dalam Al Quran untuk ikutan semua dan untuk dipercaya semua kalau tak ikut boleh mandatory masuk neraka. Ada siapa nak ikut dia dipersilakan. Dia pun tak ada parti politik. Habis kalau ikut dia kita nak pangkah lambang apa.Tapi HR ni matang dalam hidup politik. Dia pun student leader juga dulu. Dia nampak apa orang lain tak nampak. Pendirian agama tu dia punya hal dengan Tuhan. Tak ada siapa yang tahu apa agenda hidup dia. Tetapi ideas dia mengenai hendak gulingkan kerajaan yang corrupt dan mengapa mesti digulingkan harus diambil kira.
  • Mohd Zaharin Abdullah Nothing created by man is perfect, no flaws, no weaknesses, no thorns, no racun. Syariat Islam adalah hak Allah. Bukan ianya hanya terletak dibatu jembala Pas. Pas is not alone. If Pas keeps quite, mesti ada some reason. But who is this tony pua, can he endanger my Aqidah with Allah? How notorious is he so much so that the whole Pas gang must monitor every step he takes and scrutinize everything he does? And surely somebody else must take down notes. Maybe for some delayed action to be done backstage. That is normal in this political war.
  • Mohd Zaharin Abdullah Tujuan Pas bukan nak tarbiah ks or sapa pun. Orang macam ks or anybody can come and go. Dia pandai cakap pasal undang undang, kita pakai lah khidmat dia, ambik untuk perkembangkan Syariat Islam. Dia nak kutuk Islam tu hal peribadi dia lah. Tak terjejas Aqidah pun. Doa kan saja Allah buka kan hati nurani nya satu hari ks peluk Islam, tu Allah punya Kuasa, Kuun fa yaa kuun. Yang penting agenda Islam stays. Syariat Islam lebih utama diamalkan compared to the job trying to tarbiah non muslims, itu kerja Allah menjadikannya, kita hanya usaha dan berdoa. Paling tidak nampak cuba diamalkan didalam affairs pentadbiran Negara. Lapuran Audit Negara can provide the details. Ketua Audit Negara tu pun pass universiti jugak. . . luar negara pulak tuu . . . bukan Universiti Malaya.
  • Anjung Senama Apakah strategi Rafizi dalam merayu balik kes fitnah SPR dan Bangla yang di tolak atas sebab teknikal ini? . Mengapa khidmat KS tidak di gunakan ketika membentang kes ini in the first place? . Mengapa Anwar diam apabila Shahidan menempelak beliau di Parlimen minggu lepas? . Kalau betul PAS mengamalkan Addeen Islam sepenuhnya, mengapa wujud Ulama di Kelantan yang bukan UMNO tak setuju dengan gaya pemikiran dan tindak tanduk Tuan Guru? Apakah Pondok Geting tak setanding Nilam Puri? . Mengapa Naib Presiden PAS sendiri menyokong komunis? . Mengapa penggunaan Allah wujud perbedzaan fahaman antara Ulama PAS sendiri? walhal ulama UMNO yang tak pandai Addeen dan kafir ini bersatu teguh? . Mengapa PAS mengeluarkan fatwa mengelirukan seperti penggunaan Allah oleh bukan Islam itu OK tapi.....SALAH. Hukum Hudud adalah mesra alam, jadi mengapa PAS gagal meyakinkan peguam rujukan mereka KS ini? . Mengapa masih menggunakan khidmat manusia yang jelas menolak Islam ini? . Addeen Islam apa ini? Teori nya cantik, praktik nya? . ILMU TANPA AMAL TAK DINAMAKAN ILMU.
  • Mohd Zaharin Abdullah

2.  
Kecintaan sahabat terhadap Rasulullah (saw)....sila dengar!
Like · · 
  • A Munir Othman and 2 others like this.
  • Mohd Ariffin Bila dengar dan anda x rasa apa2 (x mengalir air mata) ertinya tahap cinta anda terhadap Rasulullah amat rendah. Berubahlah ke arah mendekatinya....
  • Anjung Senama Kajian menunjukkan tak sampai 25% orang Islam Malaysia yang solat 5 kali sehari. Dan dalam kalangan yang 75% itu ramai pula solat 4 kali sahaja sebulan hari Jumaat. Yang solat sekali setahun pun ada. Macam mana nak suruh mereka ini menangis menunjukkan kecintaan kepada Rasulullahsaw.
  • Mohd Ariffin Sebab tu kita mesti transformasi hidup kita ke arah menunaikan ajarannya secara lebih sempurna.
  • Mohd Zaharin Abdullah Saya ingin sentuh sedikit . . . bukan isu berkaitan isi video ini . . . tapi mengenai cara / kaedah persembahannya. Jangan salah sangka. Saya bukan nak mengutuk sesiapa pun. Budaya baru apa yang dah masuk kedalam otak pembuat video ini? Dakwah jenis apa yang telah dipelajarinya. Dimana maktab perguruannya? Apa relevannya dimuatkan muzik latar belakang ? Nak suruh orang dengar lagu? Apa . . . tak cukup sedap ke isi cerita yang dikisahkan oleh ustaz itu . . . hingga nak kena alunkan lagu latar belakang pulak . . . nak suruh orang rasa sedih ke?? Ilmu Allah dah cukup lengkap untuk mudah di faham dan dilaksanakan. Jadi saya kata kepada budak mamat di studio TVS yang disuruh ( oleh boss nya barangkali ?) meng edit clip video ini . . . dah dah laah ikut style sendiri yang tak cukup belajar tuu . . . jangan lah nak cuba rosakkan image Us Dasuki. Jangan nak cuba ganggu konsentrasi adik adik yang baru nak belajar Agama? Macam mana nak transformasi hidup secara Islam kalau kaedah pengajaran yang digunakan ala dakwah Kristian? Setahu saya budaya begini hanya diamalkan di dalam gereja. Bukan disini saja. Beberapa minggu lalu saya terlihat wajah dan terdengar suara seorang ustazah sedang bercakap di TV, saluran apa tak pasti tapi ia slot dalam program keagamaan. Sepintas lalu saya terdengar ustazah itu bercakap mengenai hala agama, berlatar belakangkan alunan muzik dari piano. Masya Allah !!! Kesiaaaaan!!! Para ustaz atau ustazah berkenaan notice atau tak hal deviation seperti ini wallahu alam. Mustahil kalau mereka tak sedar.
  • Mohd Zaharin Abdullah The point is : kalau dah tahu sesuatu benda tu tak betul tak conform pada normal rational thinking atau tak sealiran dengan ilmu yang kita pelajari, mengapa tak bangun protes ?? Mengapa diam ? Nak tunggu dan lihat apa lagi ? Bezanya yang saya faham, orang "bersembah yang" akan remain silent, diam, baca . . . dan keep quite. . . duduk jauh jauh atas pagar dan tak mahu masuk campur confront point blank hal hal kepincangan dalam masyarakat. Dan dia akan taksub dengan berita ala spin yang diputarbelitkan oleh puak tertentu yang berjaya jadikannya "macam benar" . Dia akan terjerumus kedalam so called "main stream" yang dia akan anggap sebagai aliran yang wajib diikuti jika tidak dia akan get "washed astray". Senario begini hanya mainan minda yang sudah rosak, kekadang sudah lama dibiarkan dididik oleh berita spin-offs ala halal tetapi sebenarnya haram, lama lama akan dijadikan kitab rujukan bagi seluruh ahli keluarganya. Ketika itu Al Quran dan Hadiths yang pernah diajarkan kepadanya dahulu sudah jadi buku buruk. Tak pakai lagi. Hanya menjadi barang hiasan dinobatkan pada kududukan tinggi diatas para. Hormat, katanya tak boleh letak bawah nanti budak langkah atau kena kencing dek kucing!. Berjaya juga akhirnya kucing direkrut tanpa upah untuk menerapkan ciri-ciri peperangan saraf puak agen Dajjal dan Yahudi. Begitulah apabila Al Quran dan Hadis telah dipinggirkan. Diletak jauh dari penglihatan dan pencapaian tangan. Malangnya ia terlalu tinggi untuk mudah dicapai dan diturunkan. Lama kelamaan dia malas nak bercampur masyarakat. Padanya itu salah ini pun salah. Dia lebih prefer dudok diam "bersembah yang" sorang diri dalam bilik di rumah. Tetapi keadaannya berbeza bagi orang yang "bersolat" , especially yang bangun dirikan "solat berjemaah' pada waktunya yang tepat selepas azan tanpa tangguh masa . . . . . berdiri tegak dalam saf saf dibelakang Imam, serentak tinggalkan apa yang sedang dibuat sekarang juga dengar azan atau lebih awal duduk beriktikaf dalam masjid sebelum waktu masuk . . . . alangkah baik lagi jika diwaktu solat subuh . . . . penuh ruang masjid!!! Baca Al Quran. Berzikir. Pakai tasbih. Pakai jari. Cantik !! Masya Allah. That's the real life !!! Masjid penuh sesak melimpah ruah seumpama solat Jumaat!!! Cantik !!!!!!! Masya Allah !!!! Itulah sebenarnya senjata paling ampuh untuk melawan Yahudi Laknatullah!!! Golongan orang yang mengamalkan budaya bersolat cara berjemaah sebegini tidak akan takut gentar dengan apa pun kecuali apabila mendengar laungan azan yang berulang ulang menyebut nama Allah. Tubuh mereka akan menggigil ketakutan. Mereka akan terhalang secara automatik dari berbuat perkara yang salah disisi hukum manusia berlebihan nya lagi berkaitan hukum Allah swt. Mereka ini akan sedia bergegas bangun sendiri tanpa perlu dipujuk rayu dijanjikan upah kemewahan dunia untuk melakukan berdemonstrasi menuntut hak keadilan !!! Betul tak? Solat berjumaah itu suatu aktiviti demonstrasi umum menuntut perkara yang diredhai Allah swt !!!!
  • Mohd Zaharin Abdullah Atau, berbalik kpd kes Ust Dasuki tadi . . . . yang akan menjadi perkara yang amat sedih pilu sekali . . . mereka tak nampak, tak perasan, overlook . . . atau simply not competent ustaz and ustazah !!! What more kalau mereka sebagai ketua di jabatan awam mana mana kementerian ataupun pemimpin sebuah organisasi gagasan yang besar dan kukoh dengan sympathisers nya yang begitu ramai dengan success track record nya yang cemerlang . . . apa akan jadi . . . . . . incompetent Makmum being led by incompetent Imam !!! Pada hari ditetapkan mereka membuat pemilihan para makmum akan berbisik bisik sesama sendiri dimasa proses pencalunan pemimpin yang difikirkan layak menjadi peneraju mereka . . . . alaaaah . . . . tak kira lah dia $$$%%^&&* ke tak . . . boleh saja lah dia tuuu . . . ada orang sebut dia tu $ $ % % * + - @ . . . . apa, tumbuk rusok ke ape name nye? (Bahasa Melayu lama) . . . . elehhh pilih saja laaaah !!! [ Admin : harap maklum saya bukan refer kepada apa apa affairs orang lain yang tak ada kena mengena dalam hal ini . . . harap maklum] Amatlah merbahaya !!!! Anak anak cucu cucu cepat cepat lah pandai pandai lah pi cari belajar sama guru guru pondok yang Mursyid !!! Yang ada hari ini semua . . . . oopppps . . . . tak boleh harap. Iyeee benar ini. Jangan lah too confident kita nak percaya nak numpang ilmu belajar sama si anu si ini . . . yang . . . ehem . . . nampaknya macam baik . . . jubah putih serban semua lengkap . . . tapi lepas kuliah dia pi nyorok belakang isap rokok serupa macam saya jugak laaa heee heee hee ! Ustaz Dasuki tu bukan sedang membaca skrip kisah cinta drama sketsa menarik tv minggu ini, tak perlu lah nak tambahbaikkan persembahannya dengan muzik latar !! Begitu juga halnya ustazah di TV yang saya sempat tengok sekejap tu. Kesedaran untuk menghidupkan semangat Cinta Rasul itu satu hal, tapi kita Melayu yang mengaku Islam dalam tempoh tak sebebrapa abad saja ini jangan lah terlalu cepat nak bersedih kalau tak ada sesiapa yang mengalirkan air mata. Cuba tanya . . . Islam apa kita ini? Mengerjakan aktiviti 5 waktu solat belum boleh jadi ukuran ke-Mukmin-an seseorang itu. Kena diukur pulak kyusuk ka tidak nya. Ikhlas ke tidak hati nya buat kerana Allah atau nak nunjuk jiran sebelah 'hey aku pi mesjid kau tak ikut ke'. Betul ke tak bacaan nya. Faham ke tak apa yang dibaca nya. Dan yang paling utama amalan selepas solat, diamalkan ke tak janji janji manis yang disebutnya semasa beribadah tadi itu, atau buat sekadar lepas batuk ditangga saja?
  • Mohd Zaharin Abdullah Sembahyang itu mudah, tapi Solat amat payah. Betul. Masih ada Melayu "Islam" yang ke masjid sekali seminggu saja . . . attend mass prayers ala kristian ka gereja. Atau 1 tahun 2 kali . . . raya puasa dan raya haji. Ada berlaku. tak payah buat survey. Memang ada berlaku. Tapi ada juga Melayu yang amat rajin ke surau, ke masjid dengar kuliah, tazkirah subuh, zohor, maghrib tak miss. Begitulah. Dasyat! Kalu ter miss, cepat cepat rasa sedih . . . . alaaamak apa aku ni dah kena rasuk syaitan ke ni? Lalu tertanya tanya lah kepada member semasjid siapa ada buat rakaman mp3 atau buka you tube download video nya terus. Tapi tengok pulak bagaimana cara hidupnya diluar waktu solat 5 waktu? Anak perempuan sama isterinya tutup aurat ke tak? Dia masih tak segan silu mengata si anu dan si ini. Berburuk sangka. Membuat fitnah. Tuduh tanpa bukti. Bila bekerja di pejabat dia pecah amanah. Tak mahu ikut standing order. Konon dia lebih pandai. Bila diberi pangkat dia sombong, ambil kesempatan salah guna kuasa, menekan orang bawahan. Tipu sana curi sini macam harta tidak ada yang empunya. Orang Melayu "Islam" ramai macam ni. Masih ramai. Berpersatuan pulak mereka. Berpertubuhan pun. Kuat dan bersemangat Melayu pulak tu. Tapi tak sedar diri dia tu hanya "Islam" olok olok! Bukan Mukmin sejati. Saya pernah terdengar warga Oman bercakap tentang "Islam di Malaysia" apa dia kata . . . . . Malaysians are only Muslims in the mosque . . . but not Muslims all the time. Dia betul atau salah ka itu adalah lain isu. Tetapi insinuasi nya amat mendalam. Fikirkan lah.
  • Mohd Ariffin Sesekali keluar meletup terus.
  • Mohd Zaharin Abdullah

3. 
Like · · 
  • Anjung Senama Pendapat Ustadz Asri ini dikongsi oleh Tuan Guru NA dan Haji Hadi. Ustadz Haron Taib dan Harun Din berbedza. Siapa yang mengeluarkan Fatwa dalam PAS sekarang?
  • Mohd Ariffin Parti politik x berautoriti utk mengeluarkan fatwa sebenarnya. Bercelaru umat kerana berkepentingan. Sebab tu dok belaga kepala nih.
  • Anjung Senama Adakah ini bermakna Ulama tak layak memimpin, atau Ulama kita gagal mencontohi Kepimpinan Rasulullah saw?
  • Mohd Ariffin Fatwa mati syahid oleh Hasbul Muslimin ( pertubuhan mirip politik) dipertikai sebab berkepentingan. Sheikh universiti Azhar x sokong Mursi mesti bersebab. Wallahulam bissawab.
  • Anjung Senama Sekarang ini masa yang paling baik untuk kerajaan kita mewujudkan satu Kementerian Agama untuk menjaga kepentingan agama Islam khususnya, dan agama lain umumnya. Garis panduan untuk menjelaskan kedudukkan tiap tiap agama dan tata tertib beragama setiap penganutnya boleh di wartakan. Undang undang boleh di wujudkan untuk menghukum mana mana pihak yang melanggar adat adat beragama ini, atau mana mana pihak yang memperkecilkan agama masing masing. Kita ambil langkah baru sempena pengishtiharan Hudud di Brunei hari ini. Hudud sebenar yang tidak ditakuti bukan Islam, bukan Hudud ala PAS. Penjenayah murtad akan berkurangan jika hukum pancung di wartakan.
  • Mohd Ariffin Yg penting menguatkuasa undang2 dan secara berterusan.
  • Mohd Zaharin Abdullah ISLAM adalah AD DEEN. Islam is not a religion as understood by non muslims. Islam bukan suatu Agama mengikut istilah "KEAGAMAAN" agama lain. Jangan disama ertikan Islam setaraf dengan Kristianiti, Budha Hinduism dan seangkatan dengan nya . . . yang disebut itu hanya kepercayaan manusia yang telah memutarbelitkan THE TRUTH dari ALLAH SWT. Jadi adalah amat TIDAK PERLU untuk diwujudkan satu Kementerian Agama untuk menjaga kepentingan ALLAH swt khususnya. Ini kerana setiap manusia hamba Allah adalah bertanggungjawab SEPENUHNYA kepada dirinya, SENDIRI NYA BERDIRI diatas dasar IMAN dan TAUHID untuk sujud kepada KEHENDAK NYA. Please agree, my brothers . . . ISLAM is NOT a religion as henceforth mentioned and having been drummed into our lame Malay brains by the REID COMMISSION as " THE RELIGION" in the Malaysian Constitution, as so drafted by agents of DAJJAL with the sole agenda to set up HUMAN LAWS as SUPREME and in the end push off SYARIAH LAWS as "unlawful" or "paganistic". . . . . . . as per : Article 3 Malaysian Constitution WHEREBY : – Islam

    Article 3 declares that Islam is the religion of the Federation but it then goes on to say that this does not affect the other provisions of the Constitution (Article 4(3)). Therefore, the fact that Islam is the religion of Malaysia does not by itself import Islamic principles into the Constitution but it does contain a number of specific Islamic features:

    States may create their own laws to govern Muslims in respect of Islamic law and personal and family law matter.
    States may create Syariah courts to adjudicate over Muslims in respect of State Islamic laws.
    States may also create laws in relation to offences against percepts of Islam but this is subject to a number of limitations: (i) such laws may only apply to Muslims, (ii) such laws may not create criminal offences as only Parliament has the power to create criminal laws and (iii) the State Syariah Courts have no jurisdiction over Islamic offences unless allowed by federal law (see the above section).
  • Mohd Zaharin Abdullah Apa maksud "States may create their own laws . . . . in relation to offences against percepts of Islam . . . . BUT . . . . NOT ADJUCATIVE TO CRIMINAL LAWS' . . . . . for criminal law and other matter fall under Federal list . . . . . Parliament . . . . jadi tunggu kalau dapat 2/3 majority baru Parliament MAMPU bubar undang undang mengikut Syariah Laws baru lah boleh dilaksanakan HUKUM HUDUD ALLAH seperti disebut dalam Al Quran iaitu firman ALLAH swt . . . . . . but definitely not as you wrote above I think you had erred, I dont know gravely to what extent, by refering to Hudud ala Pas !! I take that as gravely perturbing !! Surely by now you have agreed that Al Quran is not written by Hadi or Nik Aziz ? Are you sure? Al Quran is KALAM ALLAH where therein is SAID that HUDUD is the ONLY way out to clam down Jenayah . Thats what HE SAID, not Hadi or Nik Aziz and the rest in their quargmire! Im not sure either of their authenticity !! No human knows. Only ALLAH knows whether they are going to HEAVEN or be HELL fodder!!!
  • Mohd Zaharin Abdullah Again I beg to refer to Malaysian Constitution ; - States have legislative power over Islamic matters listed in item 1 of the State List which amongst other things includes the power to:

    make Islamic laws and personal and family law of Muslims.

    create and punish offences against precepts of Islam ("Islamic offences") which are committed by Muslims, except in regard to criminal law and other matters which fall under the Federal list.
    create Syariah courts with jurisdiction over:

    Muslims only,
    matters falling under Item 1 of the State List, and
    Islamic offences only if authority has been given by Federal law – and under the Syariah Courts (Criminal Jurisdiction) Act 1963, which is a Federal law, Syariah Courts were given the jurisdiction to try Islamic offences, but not if the offence is punishable by: (a) imprisonment of more than 3 years, (b) a fine exceeding RM5,000 or (c) whipping in excess of six lashes, or any combination thereof.[16]
  • Mohd Zaharin Abdullah Yang disebut dalam Article 3 Perlembagaan Persekutuan sebagai Syariah Laws dan rujuk pada Syariah Courts of Law itu hanya EYE WASH orang putih yang kita sama sama banggakan dan look up at zaman dahulu. Syariah Laws yang dimaksudkan itu hanya terhad pada undang2 Keluarga dan hal ceremony nikah kahwin sahaja. Lebih pada itu . . . .Hudud sebagainya . . . is and still is a BIG NO! That is why some parties are trying their very best to uphold the Constitution as the SUPREME LAWS of the land, the most sacred and same time push aside UNDANG2 ALLAH!
  • Mohd Zaharin Abdullah

Wednesday, 21 August 2013

IQRA 106

KEPADA ORANG - ORANG YANG SEDANG


TIDUR



 DI DUNIA ISLAM


MATA, LIDAH BICARA BERFAEDAH,
HATI INGAT AKHIRAT, 
NAFSU TENANG



Assalaamualaikum w.b.r.t.

Apabila direnung jauh ka sekitaran 62 tahun yang lalu, pasti kita dalam keadaan minda normal akan sedar bahawa kita telah agak lama dirangkul oleh fenomena kesuntukan masa. Sentiasa tidak punyai cukup waktu. Selalu tidak sempat untuk memikirkan apa yang direncanakan orang-orang Yahudi terhadap dunia Islam dengan pertolongan para kroni-kroni Dajjal Laknatullah dalam dunia Kristian dan berbagai penganutan yang seangkatan dengannya. Ataupun lebih teruk lagi minda kita secara automatik akan terus menolak daripada memikirkan perkara-perkara sebegitu . . . . . biarkanlah orang lain saja yang harus bergelut . . . apalah sangat kemampuan kita ini orang awam saja. Sedih!

Fenomena sebegini telah berlarutan hingga ke tahun semasa ini dan mungkin akan berterusan sampai bila-bila. Amat menyedihkan dan pilu sekali apabila saya sendiri tiba-tiba menyedari bahawa baki hayat terkini agak tinggal tak seberapa lama jua lagi, mungkin sebentar saja lagi atau esok, lusa tidak tahulah bila, menanti seruan untuk ditegur salam oleh Malaikatul Maut. 

Yang pasti dapat dilihat ialah, dahulu, kini dan seolah buat selama-lamanya kita dilanda kesibukan mengatur urusan dunia siang dan malam, masih enak tidur dibuai mimpi, dilalaikan tanpa disedari atau tidak, terhadap tanggungjawab diri untuk memertabatkan tuntutan Allah s.w.t. Aaaah . . . . tak apalah hal itu, bisikan hatinya. Layan sajalah lagu pop itu dulu, nanti ada senang lepas salam solat waktu buatlah berzikir atau bertawassul, ikut imam saja kalau dia lafaz kuat-kuat. Kesedaran sebegitu pun akan mencuit hati jikalau kita solat berjumaah, segan pada orang sebelah. Jika dirikan bersendirian apa lagi terus bangun saja. Begitu juga halnya amalan yang lain. Ada berlebihan masa untuk tidur lena tetapi malas hendak bangkit dimalam yang dingin untuk Qiam dan bermunajat. Boleh melayari Facebook dan You Tube serta web internet selama berjam jam tanpa rasa bosan, tetapi tidak mampu hendak mencapai dan menurunkan Musyaf yang tersusun tinggi-tinggi diatas kabinet kaca, ataupun swipe jari ka ikon dalam Ipad atau I-Phone Android untuk membaca sebaris dua ayat-ayat suci Al Quran mahupun untuk berusaha memahami pengertian serta mengamalkan kandungannya. Dan kita tidak akan lupa untuk mengisi perut dalam usaha penjagaan jasmani dengan rapi kekadang hingga tersadai kekenyangan, tetapi selalu terlupa untuk memberi makanan sedikit kepada rohani. 

Kononnya didunia inilah tempat bermaharajalela manusia buat selama lamanya. Akhirat tak masuk kepala, kecuali amat sedikit. Apabila ada sahabat yang mahu mengingatkan dengan apa kaedah jua pun dia akan menjawab "Esok kan ado, apo nak susah !!" 

Dalam benak ini hanya sibuk memikirkan bagaimana melayan nafsu kehidupan seharian dengan sepuas-puasnya. Setiap masa hanya memikirkan hari ini mahu makan apa, dimana nak makan, atau giliran siapa pula yang hendak kena makan. Sudah tak tahu menilai Halal atau Haram secara teliti - mudah saja mengiyakan apa yang dicop atas tag stiker barangan. Memikirkan soal memperkasakan ketuanan bangsa kononnya mengatasi soal mempertahankan akidah. Hidup beragama dipura-purakan, sekadar lepas batuk ditangga. Mempertahankan kuasa sosiopolitik jadi matlamat hidup bermasyarakat, melalui pertukaran kabinet mengikut sistem demokrasi. Kita sibuk dengan pemilihan umum: Apakah pemilihan itu akan kita laksanakan dengan sistem daftar yang telus tanpa penipuan atau tidak, atau menurut berat dan timbangannya? Kita sibuk dengan pengecualian-pengecualian, apakah akan dikembalikan kepada pemiliknya atau tidak? Siapa yang akan mendapat pengecualian itu sehingga suaranya dapat bertambah, dan siapa pula yang pengecualian itu diambilkan daripadanya, sehingga suaranya berkurang. Anda dapat melihat sendiri bahawa masalah-masalah ini adalah begitu pentingnya sehingga kita tidak punya waktu dan tenaga untuk memikirkan isu-isu lain yang berteraskan Islam. 

Dan dalam pada itu, hari demi hari sehingga hari ini Israel semakin mendekat kepada [dan bertambah luas kawasan penaklukannya] tapak perbatasan Sinai. Namanya tapak batasan Mesir di Sinai, walaupun Mesir tidak tahu apa-apa tentang daerah itu selain dari namanya saja. Politik Anglo-Yahudi telah mempelopori daerah itu dari Mesir, selama masa pendudukan. Pempeloporan ini bukan suatu hal yang terjadi demikian saja, tanpa disengaja, tetapi suatu hal yang sesuai dengan tujuan suatu politik jangka panjang, sejalan dengan kerakusan kaum Yahudi internasional. Itu namanya penjajahan secara ketenteraan - melibatkan tembakan roket dan rifle. Belum masuk cerita lagi proses penjajahan minda melalui pelbagai teknik dan platform. Kerana proses pempeloporan Yahudi ini tidak tersekat hanya diperbatasan Sinai, malah ia juga dengan rakusnya telah menjalar merebak ka merata pelusuk dunia. Hanya bentuk peloporannya saja yang berlainan - serangan tetap bertubi tubi, tepat mengenai sasaran, sehingga hancur berkecai hati nurani rohani musuhnya yang telah dibendung oleh kelalaian dunia, tanpa perlu ledakan roket atau peluru rifle automatik. 

Oleh itu saya kembali berseru kepada diri saya sendiri, dan orang-orang yang sedang terkena ubat pelali, yang membuat kita masih tidur nyenyak didunia Islam, agar kita dapat bangun menyedari dan menangani rencana kerakusan puak Zionis sedunia. Mesir sekarang sedang sibuk. Sibuk dengan usaha penggantian kabinet, sibuk dengan pemilihan umum, soalnya apakah pemilihan itu terus akan memakai sistem kudeta atau sistem daftar pilihan raya, atau sistem kiloan atau kati atau sistem timbangan pukal? Ia sibuk dengan pengecualian. Sedangkan Tuhan telah menjadikan bahawa manusia itu tidak dapat memusatkan perhatiannya kepada dua masalah sekali gus. Yang lebih penting tentu harus didahulukan. Tiada daya dan tiada kekuatan selain dengan Allah.

Wajib berjuang untuk Islam. Jihad maknanya bukan hanya di medan perang perlu berbaju besi, berkuda, berpedang, berpanah luka berdarah patah riuk anggota badan seperti zaman dulu. Tidak semestinya satu alternatif saja. Berjuang mengawal nafsu dan melawan godaman Dajjal serta koncu koncunya itu juga satunya jalan Jihad. Tetapi laluannya memanglah sukar. Tidak ada jalan yang mudah.  Para Nabi, Rasul telah melalui jalan hidup pahit getir ujian Allah swt, satu sunatullah medan ujian untuk nampakkan kebenaran dan kedustaan. Yang pastinya tidak ada istilah kalah dalam Islam. Hanya ada dua pilihan sama ada menang atau pun syahid. Sama juga di zaman Syed Qutb, Hassan Al Bana dan hamba-hamba lain yang berjuang kerana Allah, semua terpaksa melalui kepayahan, tidak ada diraikan permaidani merah untuk Islam. Just do it. No red carpet welcome!


Contoh terkini lihat saja perlakuan Raja UAE, dialah paling utama ucap tahniah kepada Sissi, justeru itu menunjukkan wajah-wajah munafik - sedangkan Obama dan saudara maranya mengutuk keras atas dasar demokrasi, bahkan ada mengugut untuk menyekat bantuan berbillion selama ini untuk tempolok tentera Mesir. Dengan sombong dan angkuhnya Menteri Kewangan UAE menyatakan bahawa Arab Saudi adalah sebuah negara kaya, tidak perlu gentar dengan ugutan Obama itu, pihak Arab memang bersedia, berkemampuan untuk membiayai sendiri bantuan itu. Sementara Qatar dan sekutunya yang lain mendabik dada menyatakan pendirian tegas mereka bahawa bantuan berbillion yang mereka hulurkan adalah semata-mata untuk junta interim militari Mesir, bukan Ikhwan Muslimin yang dilabelkan terroris itu! Setiap orang Islam kena faham isu Mesir ini adalah isu antara Hak dan Bathil, bukan isu orang Islam bergaduh sesama Islam! Memang orang Malaysia hari ini hidup senang kerana puak Yahudi tak kacau kita berjalan nak pergi surau/masjid - kerana kita belum lagi diuji Allah swt. Memang begitu dalam sejarah, tak mudah nak tegakkan Islam.


Wahai Raja Arab Saudi yang telah menyokong kudeta Militari yang kejam dan membantai ribuan umat Islam di Mesir. Jangan anda kira semua posisimu sebagai pengawal dua Masjidil Haram menjadikan semua perilakumu adalah benar. Kebenaran hanyalah milik Allah dan RasulNya. Bagimu dan koncu-koncu mu raja-raja Arab, renungkanlah ayat Allah ini:


Allah swt berfirman bahawa : Surah At Taubah, Ayat 19:-



"Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjidil Haram itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah dan Allah tidak memberikan hidayat petunjuk kepada kaum yang zalim."


Wahai para hakim Mesir yang telah memberikan keputusan bebas kepada diktator Husni Mubarak dari segala korupsi, pembunuhan dan seluruh kezalimannya selama 30 tahun. Anda telah semena-mena dan telah ikut serta melakukan kezaliman yang besar terhadap umat Islam dan rakyat Mesir. Bagi kalian dan koncu-koncu kalian, renungkanlah ayat Allah ini : Surah Thaha, Ayat 72:-





"Mereka menjawab: Kami tidak sekali-kali akan mengutamakanmu daripada apa yang telah datang kepada kami dari mukjizat-mukjizat yang terang nyata dan (tidak akan mengutamakanmu daripada) Tuhan yang telah menjadikan kita semua. Oleh itu, hukumkanlah apa sahaja yang engkau hendak hukumkan, kerana sesungguhnya engkau hanyalah dapat menghukum dalam kehidupan dunia ini sahaja."


Wahai kalian para tentera dan polisi Mesir yang telah membantai rakyat kalian sendiri dan menangkap serta membunuh para ulama Al Azhar serta menuduh mereka terroris. Padahal mereka yang dibantai. Sesungguhnya kalian telah mengulang perbuatan pendahulu kalian, Fir’aun dan para tenteranya. Bagi kalian, renungkanlah ayat Allah ini, Firman Allah swt Surah Al A'Raaf, Ayat 127:-





"Dan berkatalah pula ketua-ketua dari kaum Firaun: "Adakah engkau (wahai Firaun) hendak membiarkan Musa dan kaumnya untuk melakukan kerosakan di bumi (Mesir) dan meninggalkanmu serta apa-apa yang dipuja olehmu?" Firaun menjawab: "Kita akan membunuh anak-anak lelaki mereka dan kita biarkan hidup anak-anak perempuan mereka, dan kita tetap menguasai (menundukkan) mereka"."


Kepada pemilik media yang terus saja mengelabui dunia dengan pemutarbelitkan data dan informasi, pembohongan kepada pihak awam dengan segala rekayasa, memberitakan penjahat sebagai pahlawan, sebaliknya korban yang dibantai dijadikan terroris, sesungguhnya kalian telah menjadi tukang sihir, menipu dan memperdaya jutaan manusia. Sehingga mereka telah bersikap salah dan terbalik. Kalian bertanggung jawab di hadapan Allah atas semua nyawa yang melayang dan korban yang terluka. Bagi kalian, renungkanlah ayat Allah berikut: Surah Yunus, Ayat 81:-




"Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata: Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan."


Kepada para pendukung kudeta sejak dari awal, apapun statusnya, ulama, intelektual dan aktivis kemanusiaan, khususnya Tamarod. Lihatlah, tirani dan diktator Mesir telah kembali. Fir’aun baru telah muncul. Umat yang tak bersenjata telah meregang nyawa. Ulama dan tokoh-tokoh Islam serta rakyat sivil telah diseret ke penjara dan mahkamah militari. Inikah yang kalian inginkan? Apakah kebencian kalian kepada sekelompok kaum telah membutakan mata sekaligus hati kalian? Ingat!, Apa yang telah menimpa saudara-saudara kalian sekarang ini, tidak mustahil juga akan menimpa kalian juga. Bagi kalian, renungkanlah ayat Allah ini: Surah Al Maidah, Ayat 8:-


"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan."


Kepada saudara-saudaraku kaum muslimin di Mesir yang sedang diuji oleh Allah (kerana Allah mencintai kalian), bersabarlah dan tetaplah teguh dalam mengusung kebenaran. Allah bersama kalian dan juga kami umat Islam Malaysia dan seluruh dunia. Allah telah memberi kabar gembira kepada orang yang tertimpa seperti kalian: Surah Al A'Raaf, Ayat 128:-


"(Pengikut-pengikut Nabi Musa merayu lalu) Musa berkata kepada kaumnya: "Mintalah pertolongan dari Allah dan bersabarlah, sungguhnya Bumi ini kepunyaan Allah, diwariskan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa"."





Waallahu alam bissawab

Mohd Zaharin Abdullah

madzeds5@gmail.com
https://www.facebook.com/mohd zaharin Abdullah
https://www.facebook.com/dmzdoc.thecrew?fref=ts

18 Syawal 1434 Hijriah / bersamaan 25hb Ogos 2013 Miladiah
Ahad 6.16 pm