Friday, 28 June 2019

TOLONGLAH SAUDARAMU YANG BERBUAT ZALIM DAN YANG DIALIMI - Iqra' @ Talaqi



Al Hujurat  - 49 : 7

وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ فِيكُمْ رَسُولَ ٱللَّهِۚ لَوْ يُطِيعُكُمْ فِى كَثِيرٍ مِّنَ ٱلْأَمْرِ لَعَنِتُّمْ وَلَٰكِنَّ ٱللَّهَ حَبَّبَ إِلَيْكُمُ ٱلْإِيمَٰنَ وَزَيَّنَهُۥ فِى قُلُوبِكُمْ وَكَرَّهَ إِلَيْكُمُ ٱلْكُفْرَ وَٱلْفُسُوقَ وَٱلْعِصْيَانَۚ أُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلرَّٰشِدُونَ 


Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya, dan kamu wahai orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus; -.



Al Hujurat  - 49 : 9

وَإِن طَآئِفَتَانِ مِنَ ٱلْمُؤْمِنِينَ ٱقْتَتَلُوا۟ فَأَصْلِحُوا۟ بَيْنَهُمَاۖ فَإِنۢ بَغَتْ إِحْدَىٰهُمَا عَلَى ٱلْأُخْرَىٰ فَقَٰتِلُوا۟ ٱلَّتِى تَبْغِى حَتَّىٰ تَفِىٓءَ إِلَىٰٓ أَمْرِ ٱللَّهِۚ فَإِن فَآءَتْ فَأَصْلِحُوا۟ بَيْنَهُمَا بِٱلْعَدْلِ وَأَقْسِطُوٓا۟ۖ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلْمُقْسِطِينَ

Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.




Tafsir Ibnu Katsir

Allah SWT berfirman sambil memerintahkan untuk mendamaikan antara dua orang atau dua kelo mpok muslim yang bertengkar, sebahagian daripada mereka dengan sebahagian yang lain, maka damaikanlah antara kedunya

وَإِن طَآئِفَتَانِ مِنَ ٱلْمُؤْمِنِينَ ٱقْتَتَلُوا۟ فَأَصْلِحُوا۟ بَيْنَهُمَاۖ 

Allah SWT menyebut pertengkaran antara dua kelompok mukmin dengan sebutan "perang". Berdasarkan hal itu, Al - Bukhari dan yang lain mengambil kesimpulan bahawa kemaksiatan yang dilakukan seorang mukmin, tidak sampai mengeluarkannya dari iman atau dia menjadi kufur, walaupun kemaksiatannya besar. Tidak termasuk hal seperti keyakinan kelompok Khawarij dan pengikutnya seperti Muktazilah dan kelompok yang serupa dengan mereka. Demikian itu tercatat dalam kitab Sahih Al-Bukhari dari Hadis Al-Hassan, dari Abi Bakrah, bahawa pada suatu hari Rasulullah SAW berkhutbah di mimbar, sementara itu Al Hassan bin Aki berada di sisinya. Dalam khutbahnya sekejap baginda menjeling kepada Al-Hassan dan sekejap kepada orang ramai, dan bersabda,  

حَدَّثَنَا صَدَقَةُ حَدَّثَنَا ابْنُ عُيَيْنَةَ حَدَّثَنَا أَبُو مُوسَى عَنْ الْحَسَنِ سَمِعَ أَبَا بَكْرَةَ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى الْمِنْبَرِ وَالْحَسَنُ إِلَى جَنْبِهِ يَنْظُرُ إِلَى النَّاسِ مَرَّةً وَإِلَيْهِ مَرَّةً وَيَقُولُ ابْنِي هَذَا سَيِّدٌ وَلَعَلَّ اللَّهَ أَنْ يُصْلِحَ بِهِ بَيْنَ فِئَتَيْنِ مِنْ الْمُسْلِمِينَ

Telah bercerita kepada kami Shadaqah telah bercerita kepada kami Ibnu 'Uyainah telah bercerita kepada kami Abu Musa dari Al Hasan bahwa dia mendengar Abu Bakrah; Aku mendengar Nabi ﷺ di atas mimbar bersabda, ketika itu Al Hasan ada disamping beliau. Sesekali beliau melihat ke arah orang banyak dan sesekali melihat kepadanya: "Sesungguhnya anakku ini adalah sayyid (pemimpin) dan dengan perantaraannya Allah akan mendamaikan dua kelompok besar kaum Muslimin ".

Terbuktilah sabda Rasulullah  itu, bahawa Al-Hassan dapat mendamaikan penduduk Syam dan Iraq, setelah peperangan yang cukup panjang.

Firman-Nya,

فَإِنۢ بَغَتْ إِحْدَىٰهُمَا عَلَى ٱلْأُخْرَىٰ فَقَٰتِلُوا۟ ٱلَّتِى تَبْغِى حَتَّىٰ تَفِىٓءَ إِلَىٰٓ أَمْرِ ٱللَّهِۚ فَإِن فَآءَتْ 

jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah;

Yakni, hingga kembali kepada perintah Allah SWT untuk mendengarkan dan mentaati Al-Haq. Sebagaimana ditetapkan dalam Hadis Sahih, dari Anas r.a., bahawa Rasulullah  bersabda,

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا. قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، هَذَا نَنْصُرُهُ مَظْلُومًا، فَكَيْفَ نَنْصُرُهُ ظَالِمًا؟ قَالَ: تَأْخُذُ فَوْقَ يَدَيْهِ.

انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا. قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، هَذَا نَنْصُرُهُ مَظْلُومًا، فَكَيْفَ نَنْصُرُهُ ظَالِمًا؟ قَالَ: تَأْخُذُ فَوْقَ يَدَيْهِ.
Dari Anas radhiyallahu ‘anhu, dia berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Tolonglah saudaramu yang berbuat zalim dan yang dizalimi. Mereka bertanya: Wahai Rasulullah ﷺ, jelas kami faham menolong orang yang dizalimi, tapi bagaimana kami harus menolong orang yang berbuat zalim? Beliau bersabda: Pegang tangannya (hentikan ia agar tidak berbuat zalim).

Read more at: https://risalahmuslim.id/tolonglah-saudaramu/  
Dari Anas radhiyallahu ‘anhu, dia berkata: Rasulullah  bersabda: 
Tolonglah saudaramu yang berbuat zalim dan yang dizalimi. Mereka bertanya: Wahai Rasulullah , jelas kami faham menolong orang yang dizalimi, tapi bagaimana kami harus menolong orang yang berbuat zalim?

Beliau bersabda: "Pegang tangannya (hentikan ia agar tidak berbuat zalim)". Bermaksud : "Cegahlah dia dari kezalimannya, itulah cara kamu menolongnya"

Dan firman-Nya,
فَإِن فَآءَتْ فَأَصْلِحُوا۟ بَيْنَهُمَا بِٱلْعَدْلِ وَأَقْسِطُوٓا۟ۖ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلْمُقْسِطِينَ 
jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
Berlaku adillah kamu dalam menghukum mereka, yakni sebahagian sahabat dengan sebahagian yang lain.
Ibnu Abi Hatim berkata, dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah ﷺ bersabda, "Orang-orang yang berlaku adil berada di sisi Allah di atas mimbar (panggung) yang terbuat dari cahaya, di sebelah Ar-Rahman SWT, dengan sebab mereka berlaku adil di dunia."

(Ibnu Katsir, Tafsirul Qurani'l Azim,  Jilid 13, 1421 H/2000 M: 150, 152).


Riyadus Salihin

Daripada 'Auf bin Malik r.a., dia berkata, "Aku mendengar Rasulullah   bersabda,
Mengenai sebaik-baik perisai pun Nabi memberikan petunjuk dengan sabdanya bermaksud: "Sebaik-baik pemimpin kamu adalah yang kamu cintai dan mereka pun mencintai kamu serta yang sentiasa kamu doakan dan mereka pun selalu mendoakan kamu." – (Hadis riwayat Muslim)
“Dan sejahat-jahat pemimpin kamu adalah yang kamu benci mereka dan mereka benci kamu. Dan kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu.”
Baginda ditanya, 'Wahai Rasulullah    , tidakkah kita memerangi mereka?"
Kemudian Baginda bersabda,
"Tidak, selagi mereka mendirikan solat bersama kamu"

Hadis diatas memberikan faedah :
(a) Dorongan kepada pemimpin untuk bersikap adil kepada rakyatnya, supaya diantara mereka saling menjalinkan penyatuan,
(b) Dorongan kepada manusia supaya taat kepada pemimpin selagi dia tidak melakukan maksiat
(c) Saling menasihati di antara mereka akan mendatangkan rasa cinta dan penyatuan dan mereka bersama aman dan tenteram
(d) Tidak boleh keluar daripada ketaatan kepada pemimpin selagi mereka menegakkan syiar Islam dan tidak menyatakan kekufuran secara terbuka
(e) Penjelasan tentang kedudukan  penting solat sebagai puncak syiar Islam dan salah satu rukun Islam.

(Dr. Mustafa Sa'id Al-Khin, Nuzhatul Muttaqina Syarhu Riyadis Salihina, Juz 1, 1407 H/1987 M: 547 - 548).


Hadis Nabawi

Daripada Abu Hurairah  r.a., Nabi   bersabda,
"Ada tujuh golongan yang akan mendapatkan naungan Allah, pada hari dimana tidak ada naungan selain naungan-Nya, iaitu : seorang Imam yang adil, pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah SWT, seorang lelaki yang hatinya selalu terpaut dengan masjid, dua orang yang saling mencintai kerana Allah SWT, mereka berkumpul kerana-Nya dan juga berpisah kerana-Nya, seorang lelaki yang dirayu oleh wanita bangsawan yang cantik untuk melakukan zina lalu dia menolak seraya berkata, 'Aku takut kepada Allah.' Dan seorang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi, sehinggatangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan tangan kanannya. Dan yang terakhir adalah seorang yang menitiskan air mata ketika berzikir, mengingati dan menyebut nama Allah dalam kesunyian."

(Hadis Riwayat Muslim, Sahih Muslim, Juz 1, No. Hadis 1031, 1412 H/1991 M:715)


Hadis Qudsi

Diriwayatkan daripada Abu Zar r.a., bahawa Rasulullah   menyampaikan firman Allah SWT yang berbunyi,
عَنْ أَبِي ذَرٍّ الْغِفَارِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  فِيْمَا يَرْوِيْهِ عَنْ رَبِّهِ عَزَّ وَجَلَّ أَنَّهُ قَالَ : يَا عِبَادِي إِنِّي حَرَّمْتُ الظُّلْمَ عَلىَ نَفْسِي وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّماً، فَلاَ تَظَالَمُوا . يَا عِبَادِي كُلُّكُمْ  ضَالٌّ إِلاَّ مَنْ هَدَيْتُهُ، فَاسْتَهْدُوْنِي أَهْدِكُمْ . يَا عِبَادِي كُلُّكُمْ جَائِعٌ إِلاَّ مَنْ أَطْعَمْتُهُ فَاسْتَطْعِمُوْنِي أَطْعِمْكُمْ . يَا عِبَادِي كُلُّكُمْ عَارٍ إِلاَّ مَنْ كَسَوْتُهُ فَاسْتَكْسُوْنِي أَكْسُكُمْ . يَا عِبَادِي إِنَّكُمْ تُخْطِئُوْنَ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَأَناَ أَغْفِرُ الذُّنُوْبَ جَمِيْعاً، فَاسْتَغْفِرُوْنِي أَغْفِرْ لَكُمْ، يَا عِبَادِي إِنَّكُمْ لَنْ تَبْلُغُوا ضُرِّي فَتَضُرُّوْنِي، وَلَنْ تَبْلُغُوا نَفْعِي فَتَنْفَعُوْنِي . يَا عِبَادِي لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ كَانُوا عَلَى أَتْقَى قَلْبِ رَجُلٍ وَاحِدٍ مِنْكُمْ مَا زَادَ ذَلِكَ فِي مُلْكِي شَيْئاً . يَا عِبَادِي لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ كَانُوا عَلَى أَفْجَرِ قَلْبِ رَجُلٍ وَاحِدٍ مِنْكُمْ مَا نَقَصَ ذَلِكَ مِنْ مُلْكِي شَيْئاً . يَا عِبَادِي لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ قَامُوا فِي صَعِيْدٍ وَاحِدٍ فَسَأَلُوْنِي فَأَعْطَيْتُ كُلَّ وَاحِدٍ مَسْأَلَتَهُ مَا نَقَصَ ذَلِكَ مِمَّا عِنْدِي إِلاَّ كَمَا يَنْقُصُ الْمَخِيْطُ إِذَا أُدْخِلَ الْبَحْرَ . يَا عِبَادِي إِنَّمَا هِيَ أَعَمَالُكُمْ أُحْصِيْهَا لَكُمْ ثُمَّ أُوْفِيْكُمْ إِيَّاهَا فَمَنْ وَجَدَ خَيْراً فَلْيَحْمَدِ اللهَ وَمَنْ وَجَدَ غَيْرَ ذَلِكَ فَلاَ يَلُوْمَنَّ إِلاَّ نَفْسَهُ .[رواه مسلم]

Dari Abu Dzar Al Ghifari radhiallahuanhu dari Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam sebagaimana beliau riwayatkan dari Rabbnya Azza Wajalla bahwa Dia berfirman
[1]: Wahai hambaku, sesungguhya aku telah mengharamkan kezaliman atas diri-Ku dan Aku telah menetapkan haramnya (kezaliman itu) di antara kalian, maka janganlah kalian saling berlaku zalim. Wahai hamba-Ku semua kalian adalah sesat kecuali siapa yang Aku beri hidayah, maka mintalah hidayah kepada-Ku niscaya Aku akan memberikan kalian hidayah. Wahai hamba-Ku, kalian semuanya kelaparan kecuali siapa yang aku berikan kepadanya makanan, maka mintalah makan kepada-Ku niscaya Aku berikan kalian makanan. Wahai hamba-Ku, kalian semuanya telanjang kecuali siapa yang aku berikan kepadanya pakaian, maka mintalah pakaian kepada-Ku niscaya Aku berikan kalian pakaian. Wahai hamba-Ku kalian semuanya melakukan kesalahan pada malam dan siang hari dan Aku mengampuni dosa semuanya, maka mintalah ampun kepada-Ku niscaya akan Aku ampuni. Wahai hamba-Ku sesungguhnya tidak ada kemudharatan yang dapat kalian lakukan kepada-Ku sebagaimana tidak ada kemanfaatan yang kalian berikan kepada-Ku. Wahai hamba-Ku seandainya sejak orang pertama di antara kalian sampai orang terakhir, dari kalangan manusia dan jin semuanya berada dalam keadaan paling bertakwa di antara kamu, niscaya hal tersebut tidak menambah kerajaan-Ku sedikitpun.  Wahai hamba-Ku seandainya sejak orang pertama di antara kalian sampai orang terakhir, dari golongan manusia dan jin diantara kalian, semuanya seperti orang yang paling durhaka di antara kalian, niscaya hal itu tidak mengurangi kerajaan-Ku sedikitpun juga. Wahai hamba-Ku, seandainya  sejak orang pertama diantara kalian sampai orang terakhir  semunya berdiri di sebuah bukit lalu kalian meminta kepada-Ku, lalu setiap orang yang meminta Aku penuhi, niscaya hal itu tidak mengurangi apa yang ada pada-Ku kecuali bagaikan sebuah jarum yang dicelupkan di tengah lautan. Wahai hamba-Ku, sesungguhnya semua perbuatan kalian akan diperhitungkan untuk kalian kemudian diberikan balasannya, siapa yang banyak mendapatkan kebaikaan maka hendaklah dia bersyukur kepada Allah dan siapa yang menemukan selain (kebaikan) itu janganlah ada yang dicela kecuali dirinya.  (Riwayat Muslim)

(Hadis Riwayat Muslim, Sahih Muslim, Juz 4, No Hadis 2577, 1412 H/1991 M: 1994).

Thursday, 27 June 2019

TABAYYUN SEBELUM MEMUTUSKAN - Iqra' @ Talaqi




Hari ini kita seringkali dilimpahi input maklumat/berita dari pelbagai saluran - akhbar, majalah, You Tube, Whatsapp, Facebook, Twitter sebagainya. Adakala input itu membawa kepada perselisihan disamping menyatakan kebenaran. Yang pasti, limpahan tanpa sempadan ini mudah diperolehi malah dengan pantas hanya di hujung jari, tidak lagi mampu ditapis untuk mempastikan kesahihannya. Sayugia ia mengundang permusnahan persaudaraan sesama kelompok bangsa dan agama.

Keadaan diperkeruhi sekelompok masyarakat netizen selain kejiranan setempat menjadikan gosip ke'aiban aurat seseorang sebagai komoditi perdagangan murah untuk meraih apa sebenarnya kita tak tahu, yang pasti untuk keuntungan dunia. Malah nampaknya hanya untuk tujuan populariti jauh sekali berkait bisnes tetapi munkin juga bagi mengekalkan kuasa politik, agaknya lah, sanggup menjual gosip menyangkut diri dan keluarganya peribadi seseorang yang dimusuhi. Na'uzubillahi Min Zaalik.

Berbohong, memutuskan silturrahim, memboikot, mendiamkan, suka atau benci sesuatu kelompok yang tidak sesuai tempatnya kesemua sudah menjadi lumrah trend semasa, gejala kebiasaan menjadi penyakit masyarakat, bahkan sampai pada tahapan membunuh karakter peribadi malah membunuh jiwa.

Apabila sudah menjadi penyakit wabak berbahaya diluar kawalan minda jiwa yang kacau, pencandu gosip yang sudah kemabukan itu tidak akan sedar bahawsanya menyebarluaskan gosip itu ibarat telah saling memakan daging bangkai saudaranya sendiri.

Allah Ta'ala menggambarkan demikian itu ketika melarang kaum beriman saling ghibah (menggunjing), sebagaimana firman-Nya Al- Hujurat 49 : 12, seperti :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Al Hujurat  - 49 : 12

Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan berprasangka, kerana sesungguhnya sebahagian prasangka adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan ke'aiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati ? Sudah tentu kamu jijik kepadanya. Bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

Penyakit mengumpat ini tidak akan terubat selama Al Quran hanya diperlakukan sebagai sekadar ilmu pengetahuan yang dibaca dan dikhutbahkan di mimbar, tetapi tidak dijadikan sebagai terapi. Padahal Allah Ta'ala berfirman :
 وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلْقُرْءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَۙ 

Al Isra'  - 17 : 82

Dan kami turunkan Al-Quran sebagai ubat dan rahmah bagi kaum beriman

Allah Ta'ala juga berfirman : 
إِنَّ هَٰذَا ٱلْقُرْءَانَ يَهْدِى لِلَّتِى هِىَ أَقْوَمُ 

Al Isra' - 17 : 9

Sesungguhnya, Al-Quran ini membimbing ke jalan yang paling lurus. Terapi Al-Quran dengan satu inti kata, iaitu "tabayyun". Allah Ta'ala telah menyebutkan dalam Surah Al-Hujurat 49 : 6 ini :- 
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِن جَآءَكُمْ فَاسِقٌۢ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوٓا۟ أَن تُصِيبُوا۟ قَوْمًۢا بِجَهَٰلَةٍ فَتُصْبِحُوا۟ عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَٰدِمِينَ

Al Hujurat - 49 : 6

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.


1. يا أيّها الّذين آمنوا (wahai orang- orang yang beriman).
Ayat ini diawali dengan seruan kepada ahlul-îmân. Disamping kasus ini terjadi di antara kaum beriman seperti yang kami paparkan di atas, juga karena berkaitan dengan perintah yang tidak sah dilaksanakan kecuali oleh orang yang beriman. Ayat ini, sekaligus menunjukkan bahwa penyelewengan terhadap perintah ini dapat mengurangi kadar keimanan seseorang. Oleh karena itu, mari kita mempersiapkan telinga dan hati, seraya memohon kepada Allah agar melapangkan dada kita dengan nasihat ayat ini.


2. إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا (jika ada orang fâsiq yang datang kepadamu dengan membawa berita penting). An-Naba`, artinya isu (kabar) penting. Adapun orang faasiq, ialah pelaku fusuuq, yaitu orang yang keluar dari ketaatan kepada Allah. Setiap kemaksiatan adalah fusuuq. Karena itu, faasiq diklasifikasikan menjadi dua macam, yaitu fâsiq besar dan fâsiq kecil.


Fâsiq besar, sinonim dengan kufur besar, yang mengeluarkan pelakunya dari agama Islam. Dinyatakan oleh Allaah Ta’ala dalam banyak ayat al-Qur`ân: إِنَّ الْمُنَافِقِينَ هُمُ الْفَاسِقُونَ  Sesungguhnya orang-orang munaafik itulah orang-orang yang fâsiq. [at-Taubah/9:67].

At Taubah  - 9 : 67

Kita juga mengetahui, kemunafikan kaum munafikin pada zaman Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang sering disebutkan dalam Al-Qur`ân ialah kemunafikan i’tiqâdi (besar). Begitu pula tentang Fir’aun dan para pengikutnya:

Berdasarkan ayat di atas, perkataan “fasiq” diambil dari kata “fasaqa” yang digunakan untuk menggambarkan buah yang telah rosak atau terlalu matang sehingga mengelupas kulitnya. Seseorang yang derhaka adalah orang yang tersasar dari koridor agama akibat melakukan dosa besar atau sering kali melakukan dosa kecil. Manakala perkataan “naba” bererti berita yang penting. 

Perkataan “tabayyun” berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud men“thabit”kan dan menyemak asas kebenarannya. Berita atau sebarang maklumat yang diterima seharusnya diteliti dan dipastikan dahulu kebenarannya dan ketepatan informasi bagi mengelakkan sebarang agenda atau perkara yang tidak baik berlaku seperti menfitnah, menipu dan memburukkan seseorang yang lain berlandaskan hawa nafsu dan sifat kebenciaan. Perintah untuk “tabayyun” merupakan perintah yang sangat penting agar kita dapat mengelakkan dari berprasangka. Kalimat فَتَبَيَّنُوٓاْ diterjemahkan dengan “periksalah/jelaskanlah dengan teliti”. Maksudnya telitilah berita itu dengan cermat, tidak tergesa-gesa menghukumi perkara dan tidak meremehkan urusan, sehingga benar-benar menghasilkan keputusan yang benar. 

Berita yang perlu dikonfirmasi adalah berita penting. Berbeza dengan perkataan “khabar” yang bererti berita secara umum. Justeru ayat ini mengajak umat Islam terlihat dituntut untuk menyelidiki kebenaran informasi yang penting untuk kemaslahatan umat. Ayat di atas merupakan salah satu agenda yang ditetapkan agama dalam kehidupan sosial sekaligus tuntunan yang sangat relevan bagi menerima suatu berita. Kehidupan manusia dan interaksinya mestilah berdasarkan hal-hal yang diketahui dan jelas. Manusia sendiri tidak dapat menjangkau seluruh informasi. Oleh kerana itu, ia memerlukan pihak lain. Pihak lain itu pula ada yang jujur dan memiliki integriti sehingga hanya menyampaikan hal-hal yang benar, dan ada pula sebaliknya. Dari sinilah mengapa kita dituntut agar ber“tabayyun”.

Al-Qur’an memberi petunjuk bahawa berita yang perlu diperhatikan dan diselidiki adalah berita yang sifatnya penting. Adapun isu-isu ringan, omong kosong, dan berita yang tidak bermanfaat tidak perlu diselidiki, bahkan tidak perlu didengarkan kerana hanya akan menyita waktu dan energi.

Ayat ini, menurut ulama mufassirin diturunkan menyebut perihal al-Walid ibnu Uqbah ibnu Abi Mu’ith yang ditugaskan Nabi Muhammad ﷺ, pergi menuju ke Bani al-Mustalaq untuk memungut zakat. Ketika anggota masyarakat yang ditujukan mendengar kedatangan utusan Nabi itu, lantas mereka keluar dari kediaman masing-masing untuk menyambutnya sambil membawa sedekah mereka. Tetapi al-Walid menduga bahawa mereka itu akan membunuh dan menyerangnya.

Rasulullah ﷺ tidak senang dengan perkhabaran al-Walid itu lalu Baginda ﷺ memerintahkan Khalid Ibnu Walid menyelidiki keadaan sebenarnya sambil berpesan agar tidak menyerang mereka sebelum permasalahan yang berlaku menjadi jelas. Khalid al-Walid segera mengutus seorang perisik untuk menyelidik perkampungan Bani al-Mustalaq. Ternyata masyarakat di sana masih beriman bahkan mengumandangkan azan untuk melaksanakan solat berjamaah. Khalid kemudiannya mengunjungi mereka lalu menerima zakat yang telah mereka kumpulkan. Kebijaksanaan itu telah menyelamatkan masyarakat Islam daripada tersalah dalam menjatuhkan sesuatu hukuman. 

Allah memerintahkan umat Islam untuk bersikap hati-hati dengan cara meneliti dan mencari bukti yang berkait dengan isu mengenai sesuatu tuduhan atau hal yang menyangkut tentang identiti seseorang. Adab atau sikap yang terkait dengan “tabayyun” ini ditekankan agar kita tidak terjerumus dalam kancah fitnah termasuk juga mengelakkan daripada mendengar atau membaca berita yang membahas keaiban dan membahayakan pemikiran. Demikianlah akhlak dan prinsip al-Quran untuk sentiasa bersangka baik dan tidak gopoh dalam membuat kesimpulan akan sesuatu perkhabaran.

Kegagalan mengamalkan tabayyun akan menatijahkan musibah kepada diri dan ummah sehingga membawa kepada penyesalan diri yang teramay didunia dan akhirat. Satu kaedah fiqh menyatakan  إِنْ كُنْتَ نَاقِلًا فَعَلَيْكَ بِالتَّصْحِيحِ وَإِنْ كُنْتَ مُدَّعِيًا فَعَلَيْكَ باِلدَّلِيلِ  "Sekiranya kamu menyatakan sesuatu hendaklah kamu mensahihkan dahulu berita itu, dan sekiranya kamu mendakwa hendaklah kamu menyatakan dalil atau bukti.

Tuesday, 25 June 2019

ust Syed Norhisham blogspot


https://ustazsyed.blogspot.com/2012/01/tolong.html

Ibnu Zawawi blogspot



https://izawawi.blogspot.com/


Iqra' @ Talaqi : Klasik Arabik


bertasbih


Qaf 50:39
فَٱصْبِرْ عَلَىٰ مَا يَقُولُونَ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ قَبْلَ طُلُوعِ ٱلشَّمْسِ وَقَبْلَ ٱلْغُرُوبِ 
Oleh itu bersabarlah (wahai Muhammad) akan apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu itu), dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu (terutama) sebelum terbit matahari dan sebelum matahari terbenam.
https://audioblog.edublogs.org/files/2019/07/50.39.mp3

Aal-e-Imran 3:41
قَالَ رَبِّ ٱجْعَل لِّىٓ ءَايَةًۖ قَالَ ءَايَتُكَ أَلَّا تُكَلِّمَ ٱلنَّاسَ ثَلَٰثَةَ أَيَّامٍ إِلَّا رَمْزًاۗ وَٱذْكُر رَّبَّكَ كَثِيرًا وَسَبِّحْ بِٱلْعَشِىِّ وَٱلْإِبْكَٰرِ 
Nabi Zakaria berkata lagi: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah bagiku satu tanda (yang menunjukkan isteriku mengandung)". Allah berfirman: "Tandamu itu ialah engkau tidak akan dapat berkata-kata dengan orang ramai selama tiga hari (tiga malam) melainkan dengan isyarat sahaja; dan ingatlah kepada Tuhanmu (dengan berzikir) banyak-banyak, dan bertasbihlah memuji Allah (dengan mengerjakan sembahyang), pada waktu malam dan pada waktu pagi".
https://audioblog.edublogs.org/files/2019/07/3.41.mp3

Al-Hijr 15:98
فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَكُن مِّنَ ٱلسَّٰجِدِينَ
Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud.

Ta Ha 20:130

فَٱصْبِرْ عَلَىٰ مَا يَقُولُونَ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ قَبْلَ طُلُوعِ ٱلشَّمْسِ وَقَبْلَ غُرُوبِهَاۖ وَمِنْ ءَانَآئِ ٱلَّيْلِ فَسَبِّحْ وَأَطْرَافَ 
ٱلنَّهَارِ لَعَلَّكَ تَرْضَىٰ 
Oleh itu, bersabarlah engkau (wahai Muhammad) akan apa yang mereka katakan, dan beribadatlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbenamnya; dan beribadatlah pada saat-saat dari waktu malam dan pada sebelah-sebelah siang; supaya engkau reda (dengan mendapat sebaik-baik balasan).

وَسَبِّحْdan beribadatlah; dan bertasbihlah
قَبْلَ طُلُوعِ ٱلشَّمْسِsebelum matahari terbit
وَقَبْلَ غُرُوبِهَاۖ - dan sebelum terbenamnya
ءَانَآئِ ٱلَّيْلِ - saat-saat dari waktu malam
وَأَطْرَافَ 
ٱلنَّهَارِ    - dan pada sebelah-sebelah siang / dan dihujung siang

Al-Furqan 25:58
وَتَوَكَّلْ عَلَى ٱلْحَىِّ ٱلَّذِى لَا يَمُوتُ وَسَبِّحْ بِحَمْدِهِۦۚ وَكَفَىٰ بِهِۦ بِذُنُوبِ عِبَادِهِۦ خَبِيرًا 
Dan berserahlah engkau kepada Allah Tuhan Yang Hidup, yang tidak mati; serta bertasbihlah dengan memujiNya; dan cukuplah Ia mengetahui secara mendalam akan dosa-dosa hambaNya;

Ghafir 40:55
فَٱصْبِرْ إِنَّ وَعْدَ ٱللَّهِ حَقٌّ وَٱسْتَغْفِرْ لِذَنۢبِكَ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ بِٱلْعَشِىِّ وَٱلْإِبْكَٰرِ 
(Setelah engkau mengetahui perihal Nabi Musa dan umatnya) maka bersabarlah (wahai Muhammad, dalam perjuangan menegakkan Islam); sesungguhnya janji Allah (untuk menjayakanmu) adalah benar. Dan pohonlah ampun bagi salah silapmu, serta bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu pada waktu pagi dan petang.

Qaf 50:40
وَمِنَ ٱلَّيْلِ فَسَبِّحْهُ وَأَدْبَٰرَ ٱلسُّجُودِ 
Serta bertasbihlah kepadaNya pada malam hari dan sesudah mengerjakan sembahyang.

At-Tur 52:48

وَٱصْبِرْ لِحُكْمِ رَبِّكَ فَإِنَّكَ بِأَعْيُنِنَاۖ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ حِينَ تَقُومُ 
Dan (dengan yang demikian) bersabarlah (wahai Muhammad) menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada mereka), kerana sesungguhnya engkau tetap terselamat dalam pemuliharaan serta pengawasan Kami; dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu semasa engkau bangun.

At-Tur 52:49
وَمِنَ ٱلَّيْلِ فَسَبِّحْهُ وَإِدْبَٰرَ ٱلنُّجُومِ 
Dan juga hendaklah engkau bertasbih kepadaNya pada waktu malam, dan ketika bintang-bintang tenggelam (pada waktu subuh).

Al-Waqi'ah 56:74
فَسَبِّحْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلْعَظِيمِ 
Oleh yang demikian - (wahai orang yang lalai) - bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu)

Al-Haqqah 69:52
فَسَبِّحْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلْعَظِيمِ 
Oleh itu bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.

Al-Insan 76:26
وَمِنَ ٱلَّيْلِ فَٱسْجُدْ لَهُۥ وَسَبِّحْهُ لَيْلًا طَوِيلًا




https://shareoneayat.com/hadits/populer

Thursday, 20 June 2019

[20/06, 6:44 am] Zaharin: Do'a syifa'

Ash-Shu'ara' 26:80

وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ

"Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku;




get Quran App:bit.ly/AlQuranApp

#GreentechApps
[20/06, 7:01 am] Zaharin: Asbabul Nuzul :

Aisyah r.a. meriwayatkn bhwa biasanya ada sorg yg mengeluh sakit atau terkena luka Rasulullah SAW berdoa sambil jari tangannya sprti ini, lalu Sufyan meletakkan jari telunjuknya ke tanah dan mengangkatnya kembali (mencontohkn perbuatan nabi)
*"Dgn nama Allah, debu tanah kami dan dgn ludah sbhgn kami smoga org yg sakit di antra kami dpt smbuh dgn seizin Tuhan kami"*

*Riwayat Muslim, 4069*

.........................................................

Ash-Shu'ara' 26:80-90
(80) وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ
(81) وَٱلَّذِى يُمِيتُنِى ثُمَّ يُحْيِينِ
(82) وَٱلَّذِىٓ أَطْمَعُ أَن يَغْفِرَ لِى خَطِيٓـَٔتِى يَوْمَ ٱلدِّينِ
(83) رَبِّ هَبْ لِى حُكْمًا وَأَلْحِقْنِى بِٱلصَّٰلِحِينَ



(84) وَٱجْعَل لِّى لِسَانَ صِدْقٍ فِى ٱلْءَاخِرِينَ
(85) وَٱجْعَلْنِى مِن وَرَثَةِ جَنَّةِ ٱلنَّعِيمِ
(86) وَٱغْفِرْ لِأَبِىٓ إِنَّهُۥ كَانَ مِنَ ٱلضَّآلِّينَ
(87) وَلَا تُخْزِنِى يَوْمَ يُبْعَثُونَ
(88) يَوْمَ لَا يَنفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ
(89) إِلَّا مَنْ أَتَى ٱللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ
(90) وَأُزْلِفَتِ ٱلْجَنَّةُ لِلْمُتَّقِينَ


(80) "Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku;
(81) "Dan (Dia lah) yang mematikan daku, kemudian Ia menghidupkan daku;
(82) "Dan (Dia lah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat;
(83) "Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh;
(84) "Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian;
(85) "Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim;
(86) "Dan ampunkanlah bagi bapaku, kerana sesungguhnya ia adalah dari orang-orang yang sesat;
(87) "Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula -
(88) "Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun,
(89) "Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik);
(90) "Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa,

get Quran App:bit.ly/AlQuranApp

#GreentechApps





Wednesday, 19 June 2019

tasly Satelite Mapping Technology xvid

Al-Fatiha - Decoding The Quran (arabic) - Ahmed Hulusi



I seek refuge in the protective forces of the Names of Allah comprising my Essence from impulses generated by the accursed and rejected (rajim) Satan, which, as a result of preconditioning, causes our sense of illusion to perceive the existent as non-existent and the non-existent as existent, thereby making man believe he is an independent being and body outside the Names of Allah, directing man to the idea of an external deity-God in the heavens.

1. By the one who is denoted by the name Allah (who created my being with His Names in accord with the meaning of the letter 'B'), the Rahman, the Rahim

2. Hamd (the evaluation of the corporeal worlds created with His Names, as He wills) belongs to Allah, the Rabb (the absolute source of the infinite meanings of the Names) of the worlds (the universe created within the brain of every individual)

3. The Rahman (the quality with which He forms the dimension of Names; the Quantum Potential), the Rahim (the quality with which He continually creates the engendered existence with the meanings of the Names)

4. The Maleek (the Sovereign One, who manifests His Names as he wishes and governs them in the world of acts as He pleases. The One who has providence over all things) or the Maalik (the Absolute Owner) of the eternal period governed by the decrees of religion (sunnatullah).

5. You alone we serve, and from You alone we seek the continual manifestation of your Names (By manifesting the meanings of Your Beautiful Names we, as the whole of creation, are in a state of natural servitude to You, and we seek guidance to attain and maintain this awareness at all times)

6. Enable the realization that leads to our innermost essential reality (sirat al-mustaqeem)
7. The path of those upon whom You have bestowed favor (those who believe in the Names of Allah as comprising their essential self and experience the awareness of their force) not of those who have evoked Your wrath (who have failed to the see the reality of their selves and the corporeal worlds and who have become conditioned with their ego-identities) nor of those who are astray (from the Reality and the understanding of the One denoted by the name Allah, the al-Wahid-ul Ahad-as-Samad, and who thus associate partners with Allah [shirq; duality]).

Who is Ahmed Hulusi?

Ahmed Hulusi, born in Istanbul 1945, is currently the most comprehensive author of Islamic 

philosophy in Turkey. He has written more than thirty books since 1965 without any material gain
from copyright. Over a million copies of his books have been sold since and nine of them have been translated into several other languages. He currently resides in Raleigh, NC, USA.

Sunday, 9 June 2019

HAMBA-HAMBA ALLAH YANG DIREDHAI - {IQRA' @ TALAQI}


Hamba-Hamba Allah Yang Diredhai

Firman2 Allah SWT :
[A] Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;
Al Furqan 25.63

Azab Berbicara :

{A1} Berbicaralah yang baik atau diam :

{A1.1}

Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.
Al Isra' 17.53

{A2} Keutamaan perkataan baik
{A2.1}

Dan mereka diberi petunjuk kepada mengucapkan kata-kata yang baik , serta diberi petunjuk ke jalan Allah Yang Amat Terpuji.

Al Hajj 22.24
{A2.2}
Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula diangkatNya naik (sebagai amal yang makbul yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). Dan sebaliknya orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa.
Fatir 35.10

{A3} Perkataan baik dan perkataan buruk 
{A3.1}

Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.
Ibrahim  14.24 
{A3.2}
Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).
Ibrahim  14.25
{A3.3}

Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup.
Ibrahim  14.26
{A3.4}

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

An Nur  24.26

{A3.5}

Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya sambil berkata: "Bagi kami amal kami dan bagi kamu pula amal kamu; selamat tinggalah kamu; kami tidak ingin berdamping dengan orang-orang yang jahil".

Al Qassas  28.55

 {A4} Sebaik - baik perkataan :
{A4.1}
Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.

Az Zummar  39.18
{A5} Berkata benar 
{A5.1}

Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).

Al Ahzab  33.32
{A5.2}

Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara),

Al Ahzab  33.70
{A6} Larangan berbuat keji :

Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
An - Nissa'  4.148
{A6.2}

Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) - yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya.
Al - An'am'  6.151
{A6.3}
Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkanNya) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya.
Al - A'raf  7.33


{A6.4}
Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.
An - Nahl  16.90
{A6.5}

Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
Al - Mukminuun  23.3

{A6.6}

Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.

An - Nur  24.15

{A6.7}
Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: "Tidaklah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan".
An - Nur  24.16
{A6.8}
Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).
An - Nur  24.19
{A6.9}

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui
An - Nur  24.21
{A6.10}
Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.
Al - Furqan  25.72
{A6.11}
"Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia,
Ash - Syu'ara'  26.165
{A6.12}
Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan); (ingatlah peristiwanya) ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji sedang kamu nampak kejinya?
An-Naml 27:54
{A6.13}
"Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki, bukan perempuan, kerana memuaskan nafsu syahwat kamu. (Perbuatan kamu itu amatlah keji) bahkan kamu kaum yang jahil (yang tidak mengetahui akan akibatnya)".
An-Naml 27:55
{A6.14}

Dan (ingatkanlah peristiwa) Nabi Lut tatkata ia berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorangpun dari penduduk alam ini sebelum kamu.


Al-Ankabut 29:28

[B] Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri, 
Al Furqan 25.64
Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengerikan
Al Furqan 25.65
Sesungguhnya neraka Jahannam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk";
Al Furqan 25.66
[C] Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu,
Al Furqan 25.67

(D) Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya; 
Al Furqan 25.68
Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan,

Al Furqan 25.69


[E] Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengenakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Al Furqan 25.70


Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat;
Al Furqan 25.71


[F] Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.
Al Furqan 25.72


[G] Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta.
Al Furqan 25.73

[H} Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

Iaitu orang-orang yang memohon kepada Allah agar keluar daripada darah daging mereka dan keturunan mereka golongan yang taat dan beribadat hanya kepada-Nya serta tidak mempersekutukan-Nya.
Al Furqan 25.74
Ibnu Abbas r.a. berkata, "Mereka ingin keturunan yang taat, yang menyenangkan hati baik di dunia mahupun di akhirat".
Ikrimah r.a. mengatakan, "Mereka tidak setakat menginginkan keturunan yang memiliki keindahan dan kecantikan, tetapi mereka menginginkan keturunan yang taat".

Al Hassan Al Basri berkata, - ia ditanya tentang ayat ini- , ia menjawab, "Agar Allah memperlihatkan kepada hamba-Nya yang muslim bahawa isteri, saudara dan sahabat karib sentiasa ada dalam ketaatan kepada Allah. Tidak, demi Allah, tidak ada sesuatu pun yang lebih menyenangkan pandangan/hati seorang muslim selain daripada melihat anaknya, cucunya, saudaranya, dan sahabat karibnya, taat kepada Allah SWT."
Dan Allah SWT berfirman, {.... dan dijadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.} (Surah Al-Furqan, 25:74) Ibnu Abbas, Al-Hassan, Qatadah, As-Sudi dan Ar-Rabbi bin Anas berkata, "Ialah pemimpin-pemimpin yang membimbing kami kepada kebaikan".

Selain daripada mereka berkata, "Para pemberi petunjuk dan penyeru kebaikan. Mereka menginginkan ibadatnya bersambung dengan ibadat anak cucu dan keturunan mereka. Mereka menginginkan petunjuk sampai manfaatnya kepada orang lain. Dengan demikian, mereka mendapatkan pahala lebih banyak dan lebih baik tempat kembalinya (di akhirat)." 

Oleh sebab itu, diriwayatkan dalam Sahih Muslim, daripada Abu Hurairah r.a. ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Apabila anak cucu Adam mati, maka terputuslah seluruh amalnya, kecuali tiga, iaitu anak soleh yang mendoakannya, ilmu yang bermenafaat bagi orang setelahnya, dan sedekah yang mengalir." (Ibnu Katsir, Tafsirul Qur'ani'l Azim, Jilid 10, 1421 H/2000 M: 332-334).
daripada Abu Hurairah r.a.dia berkata, Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya Allah SWT akan mengangkat darjat seseorang hamba yang soleh di Syurga. Kemudian hamba ini berkata, 'Wahai Rabb, daripada mana semua ini?'
Allah SWT berfirman, "Daripada istighfar (mohon ampun) anakmu."

(Hadis Riwayat Imam Ahmad). [Mustafa bin 'Adawi, As-Sahihul Musnad minal Ahadithil Qudsiyyati, t.t. : 198]
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda, "Wanita itu dikahwini kerana empat perkara : kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka pilihlah wanita kerana agamanya, nescaya kamu akan beruntung."
(Hadis Riwayat Bukhari,  Juz 3, No Hadis 5090, 1422 H : 360)

Tuntutan Doa :
Doa Mohon Anugerah Isteri dan Keturunan yang Menyenangkan Hati 
 
Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya,
Al Furqan 25.75

Mereka kekal di dalam Syurga itu; amatlah eloknya Syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal.
Al Furqan 25.76