Friday, 23 August 2019

Peristiwa Penting Bulan Rejab - Hijrah Pertama Ke Habsyah (Bahan Rujukan : Sirah Nabawiyah #49)

Dipetik (dengan izin) daripada blog Ringkasan Sejarah Nabi Muhammad SAW yang ditulis oleh Abu Nailah (IQRO FOUNDATION AUSTRALIA)
===========================================
Teks keseluruhan dan penyusunan telah di edit semula oleh saya sendiri , saya mulakan dengan 
BISMILLAHI RAHMANNIRRAHIM :-


Tekanan demi tekanan sejak tahun ke-4 hingga tahun ke-5 Nubuwwah. Sebagai pemimpin, Rasulullah SWT mencari jalan keluar dari permasalahan yang ditemui. Sejarah telah membuktikan bahawa membuat keputusan berhijrah itu ianya merupakan :-

1. Salah satu tugas pemimpin
2. Tanpa mengorbankan aqidah dan syariat
3. Mencari tempat aman dari gangguan musyrikin
4. Sekali gus, kaedah syalbah ditempat lain selain Makkah

Dan sebagai tentera dakwah, para Sahabat Rasulullah SWT bersabar.

إِنَّ عِدَّةَ ٱلشُّهُورِ عِندَ ٱللَّهِ ٱثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِى كِتَٰبِ ٱللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ مِنْهَآ أَرْبَعَةٌ حُرُمٌۚ ذَٰلِكَ ٱلدِّينُ ٱلْقَيِّمُۚ فَلَا تَظْلِمُوا۟ فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْۚ وَقَٰتِلُوا۟ ٱلْمُشْرِكِينَ كَآفَّةً كَمَا يُقَٰتِلُونَكُمْ كَآفَّةًۚ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلْمُتَّقِينَ 

Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.


الزمانُ قد استدارَ كهيئتِه يومَ خلقَ اللهُ السماواتِ والأرضَ ، السنةُ اثنا عشر شهرًا ، منها أربعةٌ حُرُمٌ ، ثلاثةٌ مُتوالياتٌ : ذو القَعدةِ وذو الحِجَّةِ والمُحرَّمُ ، ورجبُ مُضر ، الذي بين جُمادى وشعبانَ

Maksudnya: “Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah SWT menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan yang haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zul al-Kaedah, Zul al-Hijjah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rejab terletak antara Jamadi al-Akhir dan Sya’ban”.

[Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 4054]

Hijrah ini berlaku pada bulan Rejab, tahun kelima sejak Muhammad SAW diangkat menjadi Rasul.

1 Terdapat beberapa orang para sahabat berhijrah dipimpin oleh Uthman Affan r'a dan terdiri dari lebih kurang sepuluh orang lelaki, sebahagian mereka bersama ahli keluarga masing-masing.

2  Sesungguhnya, banyak perkara yang boleh dikupaskan secara ilmiah dalam peristiwa ini.

Sebab2 Habsyah jadi pilihan Rasulullah SWT :

Peranan seorang Qiyadi adalah merangka pelan keselamatan untuk anak buahnya.  Di sini kita akan dapat melihat bagaimana kegeniusan strategi perang Rasulullah SAW berpemikiran diluar kotak, menyediakan sebuah pelan keselamatan untuk Jundinya yang tertindas bahkan sebagai pelan kemenangan untuk 5 tahun pertama.

1. Tekanan dan intimidasi luar biasa daripada pihak musyrikin Quraish, juga khuatir kaum musyrikin Quraish akan menggunakan paksaan kekuatan fizikal agar mereka yang baru  memeluk.Islam meninggalkan agama 

2. Kedudukian geografi .... walaupun jauh tetapi lebih selamat berbanding Yathrib dan Tha'if kerana kedua-dua buah negara ini lebih hampir kepada Mekah sendiri. Namun, apabila dibaca dari sudut geografi, pastinya negara yang dekat tidak mendatangkan jaminan keselamatan kerana kafir Quraisy akan mudah untuk mencari mereka. Jika baginda memilih kawasan yang berdekatan dengan Mekah pastinya negera-negara ini akan tunduk hormat kepada Arab Quraisy. Ini kerana di sekitar kabilah-kabilah arab, Arab Quraisy adalah kabilah yang paling tua dari segi nasab dan paling berpengaruh. Tokoh-tokoh Quraisy pada masa tersebut adalah tokoh-tokoh yang sangat berpengaruh kerana mereka yang menjaga Kaabah terutamanya apabila tiba musim haji. Perkara ini dikukuhkan dengan melihat kepada kekuatan kekuasaan dan pengaruh kafir Quraisy, kuasa Arab serantau, tiada jaminan akan duduk diam apabila melihat para sahabat Rasulullah berada di Thaif dan Yathrib.

Berdasarkan gambar rajah di sebelah, jelaslah menunjukkan jarak Mekah ke Habaysah (Etiopia) adalah jauh menyeberangi laut Merah malah menembusi Benua Asia dan Afrika. Pastinya perkara ini mengundang persoalan tentang strategi dan pelan keselamatan yang unik.

Hubungan kerjasama dua hala Ethiopia dan tanah Arab terjalin sejak zaman Nabi Sulaiman. Ketika itu, Ratu Balkis (Pemerintah kerajaan Saba') memerintah Ethiopia. Hubungan erat itu terus berlangsung hinggalah pada peristiwa Serangan Tentera Bergajah Abrahah. Ketika zaman Muhammad SAW, hubungan dagangan keduanya bertambah rapat lantaran bermulanya detik hijrah para sahabat ke Habsyah secara sirr (rahsia) melalui jalan laut dan mendarat di bumi Eritria. 

Penghantaran muhajirin Habsyah pertama telah membuatkan terbinanya hubungan diplomatik secara tidak rasmi antara Rasulullah dengan Najasyi. Adalah terlalu awal pada tahun kelima hijrah untuk bermimpi membina sebuah daulah Islamiah, namun perancangan mestilah dilakukan dari sekarang. Terwujudnya hubungan ini telah menjadikan perancangan Quraisy untuk menghapuskan agama Islam di muka bumi menjadi tidak realistik.

Pasukan Muhajirin Habsyah ini diketuai olah Uthman bin Makhzun. Seterusnya diwakili oleh dua sayap iaitu pasangan suami isteri dan anak muda.  Secara logiknya, penghijrahan ini pastinya akan membawa beberapa mesej siasah yang boleh  mengganggu gugat Musrikin Mekah.


3. Banyak kelebihan2 positif lain bagi negara Habasyah itu yang mana Rasulullah SAW telah dapati melalui interaksi perbualan bersama pedagang2 yang datang ka Makkah, diantaranya ; 

a) Kuasa Politik Habsyah bukan di bawah orang Arab Musrikin Negara ini mempunyai empayar  menjangkau hingga ke Sudan, sebahagian dari Mesir dan Somalia.

b) Kehebatan ketenteraan Habsyah berbanding  ketenteraan Mekah, kelengkapan dan kemodenan persenjataan pula lebih jauh meninggalkan bangsa Arab pada ketika itu.

c) Rintisan jejak bersejarah para pedagang diantara dua negara itu telah menimbulkan suasana Muhibbah, perkesefahaman dikalangan masyarakat Quraish Makkah dan Habsyah. Jika diperhatikan kembali siapakah yang pergi berhijrah ke Habsyah mereka adalah golongan-golongan usahawan seperti Usman bin Affan dan Abdul Rahman bin Auf. Secara logiknya mereka mungkin pernah berdagang ke Habsyah atau besar kemungkinan kebanyakan bangsa Arab pernah pergi ke sana, memandangkan ketika datangnya utusan Quraisy iaitu Amr bin Ash dan Imarah bin Walid pada peristiwa Hijrah ke Habsyah kali kedua, mereka juga arif tentang jalan ke sana.

d) Bijak membaca siasah antarabangsa. 
Pastinya sebagai seorang Qiyadi, Rasululullah SAW  sudah melakukan analisis SWOT menghitung baik buruk setiap cadangannya. Sesungguhnya di bumi Habsyah seorang Raja, tidak ada orang yang terzalim di negaranya, berhijrahlah ke sana sehingga Allah mendatangkan jalan keluar daripada apa yang kamu hadapi. – hadis. Bagaimanakah Rasulullah boleh mengetahui mengenai negeri Habsyah ?.  Berkemungkinan juga Rasulullah pernah pergi sendiri ke Habsyah di Pasar Tihamah kerana menjalankan urusan perdagangan barang Siti Khadijah.8 Walaupun tidak diketahui secara tepat, namun sabda baginda dengan menyebut nama negara, gelaran raja di negara Habsyah dan sikapnya, jelas menunjukkan baginda membuat perancangan teliti sebelum memberikan solusi kepada orang bawahannya.



e) Bijak membaca minda musuh.
Pastinya tiada dapat anggapan kaum musyrikin tentang kaum Muslimin akan menggunakan jalan yang paling jauh sebagai pelan mencari perlindungan.  Kaum Arab Quraisy amat faham dengan keadaan cuaca dan kos pengakutan yang boleh sampai ke sana. Dalam keadaan umat Islam yang papa kedana adalah amat mustahil idea ke Habsyah untuk dilaksanakan. Perkara ini diperkukuhkan apabila perisik-perisik Quraisy mendapat tahu berita ini mereka seakan-akan tidak percaya akan strategi yang berlangsung.

f) Mesej Keamanan.
Jika diperhatikan sahabat di atas, mereka adalah manusia yang terkenal latar belakangnya melalui  kekayaan dan pengaruh mereka sebelum Islam. Senarionya pada zaman ini, tidak semua masyarakat sekitar Arab mengetahui apatah lagi masyarakat yang tidak duduk di bawah penguasaan negara Arab untuk mengetahui apakah perkara yang berlangsung sebenarnya di Mekah pada ketika itu. Dengan menggunakan logik ini, pastinya pembesar-pembesar Habsyah lebih menganggap mereka sebagai saudagar yang ingin mengembangkan perniagaan dan menyangka berlakunya peperangan seperti sebelum ini contohnya Perang Fijar.

g) Hubungan keagamaan
Sesungguhnya perintah Rasulullah untuk sahabatnya berhijrah ke Habsyah adalah untuk menonjolkan dan membuktikan adanya hubungan keagamaan bagi orang yang beragama (iaitu antara Islam dan Kristian). Hubungan Keagamaan ini adalah lebih kuat jika datang dari sumber yang sama. Perkara ini jauh lebih kuat dari atheis. Kebanyakan penduduk Mekah pada ketika ini adalah penyembah berhala, dan menyembah apa sahaja yang ingin disembah.

h) Mengoptimumkan penggunaan sumber manusia bagi merealisasikan visi hijrah.
Karismatik seorang pemimpin terserlah apabila mempu untuk mengatur sumber manusia berada pada posisi dan kemampuan mereka tersendiri. Peranan Siti Khadijah dalam peristiwa Habsyah ini pastinya sukar di kesan dalam lipatan sejarah terutamanya semasa dalam peristiwa Hijrah ke Habsyah. Namun, bagaimanakah pula dengan sejarah baginda berdagang barang dagangan Abu Talib dan Saiyiditina Khadijah sebelum diangkat menjadi Rasul?.  Sesungguhnya, kehadiran Siti Khadijah bukanlah hanya sebagai seorang isteri, namun beliau adalah pedagang tersohor, diplomat berpengaruh, dan murabbi sejati. Keberadaan Siti Khadijah di Medan Perdagangan bukanlah suatu yang asing. Para sejawatnya mengakui keberhasilan Siti Khadijah, ketika itu mereka memanggilnya “Ratu Quraisy” dan “Ratu Mekkah”. Ia juga disebut sebagai at-Thahirah, yaitu “yang bersih dan suci”. Nama at-Thahirah itu diberikan oleh sesama bangsa Arab yang juga terkenal dengan kesombongan, keangkuhan, dan kebanggaannya sebagai laki-laki. Karenanya perilaku Khadijah benar-benar patut diteladani hingga ia menjadi terkenal di kalangan mereka. Pertama kali dalam sejarah bangsa Arab, seorang wanita diberi panggilan Ratu Mekkah dan juga dijuluki at-Thahirah. Orang-orang memanggil Khadijah dengan Ratu Mekkah karena kekayaannya dan menyebut Khadijah dengan at-Thahirah karena reputasinya yang tanpa cacat.

i) Membentuk (grooming) bakat kepimpinan anak muda baru
Secara jujurnya, ketika peristiwa ini berlangsung tiada siapa yang menjangka  Saidina Usman bin Affan bakal menjadi Khalifah ketiga Islam, Zubair al-Awwam pahlawan Rasulullah dan Mus’ab bin Umair adalah naqib yang baginda hantar ke Madinah. Namun, sebagai sebuah proses pertarbiahan yang jangka panjang, baginda menyedari bakat-bakat ini tidak boleh dibiarkan terpendamkan begitu sahaja.                      


j) Kepentingan penguasaan media massa.
Adanya sebaran maklumat  palsu. - tindakan propaganda media Quraisy. Apabila Saidina Umar al-Khatab memeluk Islam, telah sampai ka desas-desus menyatakan semua orang Makkah telah memeluk Islam. Apabila para sahabat yang berada di Habsyah mendengar perkara ini, mereka menjadi sangat gembira lantas berangkat pulang ke Kota Makkah namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kafir Quraisy sengaja menyebarkan omong-omong dusta sebagai helah untuk membuatkan orang Islam di Habsyah kembali balik ke kampung halaman.  Dalam kisah ini dapat kita perhatikan, kesahihan media massa adalah penting. Dalam sirah di atas jelaslah menunjukkan bagaimana  apabila kita gagal menguasai media massa maka kita akan mudah dieksploitasi. Oleh itu, sebagai seorang dai’e penguasaan media massa dan keprihatinan untuk menguasai media baru adalah sama pentingnya. Dalam dunia moden pada hari ini, dai’e semestinya mampu untuk menguasai internet dan memiliki telefon bimbit pelbagai fungsi bagi tujuan dakwah.
Secara kesimpulannya, sesempit mana sekalipun untuk melaksanakan sebuah urusan dakwah, dakwah mesti dilakukan. Soal bagaimana perlaksanaannya adalah perkara yang menjadi susulan.

Tuesday, 6 August 2019

AL QAIYUM : ٱلْقَيُّومُۚ - YANG MAHA BERDIRI SENDIRI - YANG TERUS MENERUS MENGURUS

 قَ و مُۚ  Root

ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ  - Tidak ada Tuhan yang berhak disembah
 إِلَّا هُوَ ٱلْحَىُّ  - Kecuali Allah Yang Maha Hidup lagi Maha Kekal
ٱلْقَيُّومُۚ  - Maha Berdiri Sendiri.  ٱلْقَيُّومُۚ merupakan Sigah Mubalagah daripada Qiyam yang bermaksud, Yang Maha Kuasa dalam mengatur urusan makhluk-Nya
لَا تَأْخُذُهُۥ سِنَةٌ  - Sinah ertinya mengantuk ... tidak menimpa-Nya rasa mengantuk
وَلَا نَوْمٌۚ لَّهُۥ مَا فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِۗ  - Milik-Nya semua yang ada di langit dan bumi, baik itu kerajaan-Nya, makhluk-Nya, mahupun hamba-Nya
مَن ذَا ٱلَّذِى  - Tidak ada seorang pun 
يَشْفَعُ عِندَهُۥٓ إِلَّا بِإِذْنِهِ  - Syafaat diberikan hanya dengan keizinan Allah
يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ  - Maha Mengetahui segala sesuatu yang ada dihadapan makhluk
وَمَا خَلْفَهُمْۖ  - Termasuk urusan dunia dan akhirat
وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىْءٍ مِّنْ عِلْمِهِۦٓ  - Dan mereka tidak mengetahui sedikit pun pengetahuan Allah
إِلَّا بِمَا شَآءَۚ  - Kecuali Allah mengajar mereka tentang pengetahuan tersebut melalui berita yang dibawa para rasul
وَسِعَ كُرْسِيُّهُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَۖ
Kursi-Nya luas (meliputi) langit dan bumi
وَلَا يَـُٔودُهُۥ حِفْظُهُمَاۚ وَهُوَ ٱلْعَلِىُّ ٱلْعَظِيمُ
Dan Dia tidak merasa berat memlihara keduanya, dan Dia Maha Tinggi lagi Maha Besar



===============================================

ٱقَومُۚ Lemma/Derivative


Allah SWT mempunyai nama  ٱلْقَيُّومُۚ yang bemaksud hanya Dia Yang Maha Berdiri Sendiri, dan Yang Maha Kekal dengan kesempurnaan dan sifat-Nya yang terus ada. Kekal selama-lamanya tanpa ada perubahan ataupun kesan. Dia-lah Yang Maha Berdiri Sendiri dalam mengurus makhluk-Nya, mengembangkan mereka, memberi rezeki kepada mereka, menetapkan umur dan ajal mereka, serta perbuatan mereka. Dia-lah Yang Maha Mengetahui tempat tinggal dan tempat perpisahan mereka. Dia-lah Yang Maha Mengadakan segala sesuatu yang tidak ada menjadi ada. Tidak ada sesuatu yang terbayang atau sesuatu yang kekal, kecuali Allah SWT.

Seorang Muslim yang mengesakan Allah dengan nama ini hendaklah hatinya yakin bahawa Allah Maha Berdiri Sendiri dalam menegakkan keadilan dan dalam mengurus segala perkara. Maha Tunggal dalam kehendak dan takdir-Nya. Ketetapan segala sesuatu adalah milik-Nya. Dia tidak menurunkan ketetapan kecuali dengan sukatan yang telah diketahui-Nya. Dia-lah Yang Maha Menanggung semua urusan dan memberikan rezeki sehingga seorang hamba yang mengesakan Allah hanya bersandar kepada-Nya dalam segala sesuatu, menyerahkan kepercayaan hanya kepada-Nya, dan bersabar atas apa yang menimpanya. Dia tidak rakus terhadap sesuatu yang bukan daripada Allah. Dia tidak menghadap kecuali hanya pada-Nya, tidak mengakui kurniaan yang diperolehinya kecuali kerana kehendak-Nya, tidak melihat kesengsaraan yang menimpanya kecuali ada hikmah-Nya, dan tidak menahan dan memberi sesuatu kecuali kerana kekuasaan-Nya sehingga manusia akan banyak berzikir dan berdoa pada-Nya, lebih lebih lagi ketika dilanda kebimbangan atau ditimpa bencana.

{Dr. Mahmud Abdurrazak Ar-Ridwani, Ad-Du'au bi'l Asmai'il Husna, 2005:54}.

=======================================

Daripada Ubay bin Ka'ab, dia berkata, "Rasululullah SAW bersabda, "Hai Abu Munzir! Tahukah kamu ayat manakah di antara ayat-ayat al-Quran yang ada padamu yang paling agung?" Aku menjawab, 'Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.' Baginda bertanya lagi, "Hai Abu Munzir, tahukah kamu ayat manakah di antara ayat-ayat al-Quran yang ada padamu yang paling utama?" Aku menjawab, {.... Allah, tidak ada Tuhan selain Dia, Yang Maha Hidup, yang terus menerus mengurus [makhluk-Nya] ...} - (Surah al-Baqarah, 2:255) Lalu Baginda menepuk dadaku seraya bersabda, "Semoga dadau dipenuhi dengan ilmu, wahai Abu Munzir!" (Hadis Riwayat Muslim)

Hadis di atas mengandungi beberapa hal:

(a) Terdapat sebahagian al-Quran yang lebih utama dibandingkan dengan ayat yang lain.
(b) keagungan ayat Kursi lebih kerana memiliki kandungan yang sangat agung yakni tentang sifat-sifat Allah Yang Maha Berdiri.
(c) Memuji seseorang dihadapannya diperbolehkan dengan syarat tidak menimbulkan sifat membanggakan diri.

{Dr Mustafa Sa'id Al-Khin, Nuzhatul Muttaqina Syarhu Riyadis Salihina, Juz 2, 1407 H/1987 M:758}

=====================================

Anas r.a. berkata, 'Jika suatu urusan membuat Rasulullah SAW merasa berduka, dalam suatu riwayat : jika suatu urusan menyerangnya, baginda membaca, " Wahai Yang Maha Hidup, Yang Maha Berdiri Sendiri, dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan kepada Mu " (Sahibu'l Jami' 4777)

=====================================
DOA ASMA'UL HUSNA

Di antara doa yang menyebut nama Allah ini adalah hadis yang diriwayatkan oleh Anas r.a.
Anas bin Malik r.a. meriwayatkan, “Suatu ketika, aku sedang duduk, sementara di dekat Rasulullah SAW terdapat seseorang yang sedang sholat. Sesudah rukuk, sujud dan ber-tasyahhud, ia lalu berdoa dengan doa ini:

اللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ بِأَنَّ لَكَ الْحَمْدَ لاَ إِلَهَ إَلاَّ أَنْتَ الْمَنَّانُ بَدِيْعُ السَّمٰوَاتِ وَاْلأَرْضِ ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ يَاحَيُّ يَاقَيُّوْمُ
`allaahumma `innî `as`aluka bi`anna lakal-hamda, lâ `ilâha `illâ `antal-mannân, badî'us-samâwâti wal-`ardh, dzal-jalâli wal-`ikrâm, yâ hayyu yâ qayyûm, inni as aluka

"Ya Allah, Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu hanya milik-Mu segala puji, tiada Tuhan kecuali hanya Engkau, Yang Maha Pemberi anugerah, Pencipta langit dan bumi, wahai Yang maha Gagah dan Maha Mulia, wahai Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri, sesungguhnya aku memohon pada Mu"(HR al-Tirmidzi .... Misykatul Masabih 2290)

Rasulullah SAW bertanya kepada para sahabatnya, "Tahukah kalian dengan apa dia berdoa?"
Para sahabat menjawab, ‘Hanya Allah dan rasul-Nya lebih tahu.”
Kemudian Rasulullah SAW bersabda, "Demi Dzat yang diriku berada dalam genggaman kekuasaan-Nya, sungguh dia berdoa dengan menggunakan nama Allah Subhanahu wa Ta’ala yang agung, yang apabila digunakan berdoa kepada-Nya, niscaya Dia mengabulkan. Dan apabila digunakan meminta kepada-Nya niscaya pula Dia memberi."

Doa kita juga merupakan dzikirullah. Dengan menyebut nama-nama-Nya yang Maha Agung dan Maha Suci, sebenarnya kita sedang menghidupkan hati agar selalu mengingat Allah, selalu bersyukur kepada-Nya dan memuji-Nya terus menerus. Dengan menyebut nama-nama Allah yang indah menunjukkan bahawa doa adalah pujian, seperti disebutkan dalam ayat Al-Quran, “Katakanlah, ‘Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaul husna dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam shalatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu.” (QS Al Isra [17]: 110).

Ayat ini memberi tuntunan bahawa jika kita berdoa sebaiknya menggunakan Asma'ul Husna yang merupakan pujian pada Allah. Kita menyebutnya “Ya Razzaq...! “Ya Rahman...!” “Ya Ghaniyyu” dan sebagainya.
Dengan menyebut nama-nama-Nya, seolah-olah kita memanggil dan berkomunikasi langsung kepada Allah. Sebab, meskipun kita tidak mampu mendengarkan jawapan Allah secara langsung dalam bentuk suara, tapi yakinlah bahawa Allah Maha Mendengar.

Allah tak pernah salah dalam mendengar orang-orang yang sedang berdoa. Maka, hayati dan fahami Asmaul Husna sebagai bentuk ibadah dan pendekatan kepada Allah. Jika kita tak pernah memanggil-manggil-Nya dalam berdoa, tak pernah memahami siapa sebenarnya yang kita panggil, tak pernah mendekati Allah dengan ibadah, apakah kita tidak malu meminta dan memohon kepada-Nya? Semoga kita memahami makna doa dan Asmaul Husna dengan baik, serta dalam mengamalkan makna-makna Asmaul Husna dalam kehidupan kita.

=============================