Dipetik (dengan izin) daripada blog Ringkasan Sejarah Nabi Muhammad SAW yang ditulis oleh Abu Nailah (IQRO FOUNDATION AUSTRALIA)
===========================================
Teks keseluruhan dan penyusunan telah di edit semula oleh saya sendiri , saya mulakan dengan
BISMILLAHI RAHMANNIRRAHIM :-
BISMILLAHI RAHMANNIRRAHIM :-
Tekanan demi tekanan sejak tahun ke-4 hingga tahun ke-5 Nubuwwah. Sebagai pemimpin, Rasulullah SWT mencari jalan keluar dari permasalahan yang ditemui. Sejarah telah membuktikan bahawa membuat keputusan berhijrah itu ianya merupakan :-
1. Salah satu tugas pemimpin
2. Tanpa mengorbankan aqidah dan syariat
3. Mencari tempat aman dari gangguan musyrikin
4. Sekali gus, kaedah syalbah ditempat lain selain Makkah
إِنَّ عِدَّةَ ٱلشُّهُورِ عِندَ ٱللَّهِ ٱثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِى كِتَٰبِ ٱللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ مِنْهَآ أَرْبَعَةٌ حُرُمٌۚ ذَٰلِكَ ٱلدِّينُ ٱلْقَيِّمُۚ فَلَا تَظْلِمُوا۟ فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْۚ وَقَٰتِلُوا۟ ٱلْمُشْرِكِينَ كَآفَّةً كَمَا يُقَٰتِلُونَكُمْ كَآفَّةًۚ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلْمُتَّقِينَ
Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.
Maksudnya: “Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah SWT menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan yang haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zul al-Kaedah, Zul al-Hijjah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rejab terletak antara Jamadi al-Akhir dan Sya’ban”.
[Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 4054]
Hijrah ini berlaku pada bulan Rejab, tahun kelima sejak Muhammad SAW diangkat menjadi Rasul.
1 Terdapat beberapa orang para sahabat berhijrah dipimpin oleh Uthman Affan r'a dan terdiri dari lebih kurang sepuluh orang lelaki, sebahagian mereka bersama ahli keluarga masing-masing.
2 Sesungguhnya, banyak perkara yang boleh dikupaskan secara ilmiah dalam peristiwa ini.
Sebab2 Habsyah jadi pilihan Rasulullah SWT :
Peranan seorang Qiyadi adalah merangka pelan keselamatan untuk anak buahnya. Di sini kita akan dapat melihat bagaimana kegeniusan strategi perang Rasulullah SAW berpemikiran diluar kotak, menyediakan sebuah pelan keselamatan untuk Jundinya yang tertindas bahkan sebagai pelan kemenangan untuk 5 tahun pertama.
1. Tekanan dan intimidasi luar biasa daripada pihak musyrikin Quraish, juga khuatir kaum musyrikin Quraish akan menggunakan paksaan kekuatan fizikal agar mereka yang baru memeluk.Islam meninggalkan agama
2. Kedudukian geografi .... walaupun jauh tetapi lebih selamat berbanding Yathrib dan Tha'if kerana kedua-dua buah negara ini lebih hampir kepada Mekah sendiri. Namun, apabila dibaca dari sudut geografi, pastinya negara yang dekat tidak mendatangkan jaminan keselamatan kerana kafir Quraisy akan mudah untuk mencari mereka. Jika baginda memilih kawasan yang berdekatan dengan Mekah pastinya negera-negara ini akan tunduk hormat kepada Arab Quraisy. Ini kerana di sekitar kabilah-kabilah arab, Arab Quraisy adalah kabilah yang paling tua dari segi nasab dan paling berpengaruh. Tokoh-tokoh Quraisy pada masa tersebut adalah tokoh-tokoh yang sangat berpengaruh kerana mereka yang menjaga Kaabah terutamanya apabila tiba musim haji. Perkara ini dikukuhkan dengan melihat kepada kekuatan kekuasaan dan pengaruh kafir Quraisy, kuasa Arab serantau, tiada jaminan akan duduk diam apabila melihat para sahabat Rasulullah berada di Thaif dan Yathrib.
Berdasarkan gambar rajah di sebelah, jelaslah menunjukkan jarak Mekah ke Habaysah (Etiopia) adalah jauh menyeberangi laut Merah malah menembusi Benua Asia dan Afrika. Pastinya perkara ini mengundang persoalan tentang strategi dan pelan keselamatan yang unik.
Hubungan kerjasama dua hala Ethiopia dan tanah Arab terjalin sejak zaman Nabi Sulaiman. Ketika itu, Ratu Balkis (Pemerintah kerajaan Saba') memerintah Ethiopia. Hubungan erat itu terus berlangsung hinggalah pada peristiwa Serangan Tentera Bergajah Abrahah. Ketika zaman Muhammad SAW, hubungan dagangan keduanya bertambah rapat lantaran bermulanya detik hijrah para sahabat ke Habsyah secara sirr (rahsia) melalui jalan laut dan mendarat di bumi Eritria.
Pasukan Muhajirin Habsyah ini diketuai olah Uthman bin Makhzun. Seterusnya diwakili oleh dua sayap iaitu pasangan suami isteri dan anak muda. Secara logiknya, penghijrahan ini pastinya akan membawa beberapa mesej siasah yang boleh mengganggu gugat Musrikin Mekah.
3. Banyak kelebihan2 positif lain bagi negara Habasyah itu yang mana Rasulullah SAW telah dapati melalui interaksi perbualan bersama pedagang2 yang datang ka Makkah, diantaranya ;
b) Kehebatan ketenteraan Habsyah berbanding ketenteraan Mekah, kelengkapan dan kemodenan persenjataan pula lebih jauh meninggalkan bangsa Arab pada ketika itu.
c) Rintisan jejak bersejarah para pedagang diantara dua negara itu telah menimbulkan suasana Muhibbah, perkesefahaman dikalangan masyarakat Quraish Makkah dan Habsyah. Jika diperhatikan kembali siapakah yang pergi berhijrah ke Habsyah mereka adalah golongan-golongan usahawan seperti Usman bin Affan dan Abdul Rahman bin Auf. Secara logiknya mereka mungkin pernah berdagang ke Habsyah atau besar kemungkinan kebanyakan bangsa Arab pernah pergi ke sana, memandangkan ketika datangnya utusan Quraisy iaitu Amr bin Ash dan Imarah bin Walid pada peristiwa Hijrah ke Habsyah kali kedua, mereka juga arif tentang jalan ke sana.
d) Bijak membaca siasah antarabangsa.
Pastinya sebagai seorang Qiyadi, Rasululullah SAW sudah melakukan analisis SWOT menghitung baik buruk setiap cadangannya. Sesungguhnya di bumi Habsyah seorang Raja, tidak ada orang yang terzalim di negaranya, berhijrahlah ke sana sehingga Allah mendatangkan jalan keluar daripada apa yang kamu hadapi. – hadis. Bagaimanakah Rasulullah boleh mengetahui mengenai negeri Habsyah ?. Berkemungkinan juga Rasulullah pernah pergi sendiri ke Habsyah di Pasar Tihamah kerana menjalankan urusan perdagangan barang Siti Khadijah.8 Walaupun tidak diketahui secara tepat, namun sabda baginda dengan menyebut nama negara, gelaran raja di negara Habsyah dan sikapnya, jelas menunjukkan baginda membuat perancangan teliti sebelum memberikan solusi kepada orang bawahannya.
e) Bijak membaca minda musuh.
Pastinya tiada dapat anggapan kaum musyrikin tentang kaum Muslimin akan menggunakan jalan yang paling jauh sebagai pelan mencari perlindungan. Kaum Arab Quraisy amat faham dengan keadaan cuaca dan kos pengakutan yang boleh sampai ke sana. Dalam keadaan umat Islam yang papa kedana adalah amat mustahil idea ke Habsyah untuk dilaksanakan. Perkara ini diperkukuhkan apabila perisik-perisik Quraisy mendapat tahu berita ini mereka seakan-akan tidak percaya akan strategi yang berlangsung.
f) Mesej Keamanan.
Jika diperhatikan sahabat di atas, mereka adalah manusia yang terkenal latar belakangnya melalui kekayaan dan pengaruh mereka sebelum Islam. Senarionya pada zaman ini, tidak semua masyarakat sekitar Arab mengetahui apatah lagi masyarakat yang tidak duduk di bawah penguasaan negara Arab untuk mengetahui apakah perkara yang berlangsung sebenarnya di Mekah pada ketika itu. Dengan menggunakan logik ini, pastinya pembesar-pembesar Habsyah lebih menganggap mereka sebagai saudagar yang ingin mengembangkan perniagaan dan menyangka berlakunya peperangan seperti sebelum ini contohnya Perang Fijar.
g) Hubungan keagamaan
Sesungguhnya perintah Rasulullah untuk sahabatnya berhijrah ke Habsyah adalah untuk menonjolkan dan membuktikan adanya hubungan keagamaan bagi orang yang beragama (iaitu antara Islam dan Kristian). Hubungan Keagamaan ini adalah lebih kuat jika datang dari sumber yang sama. Perkara ini jauh lebih kuat dari atheis. Kebanyakan penduduk Mekah pada ketika ini adalah penyembah berhala, dan menyembah apa sahaja yang ingin disembah.
h) Mengoptimumkan penggunaan sumber manusia bagi merealisasikan visi hijrah.
Karismatik seorang pemimpin terserlah apabila mempu untuk mengatur sumber manusia berada pada posisi dan kemampuan mereka tersendiri. Peranan Siti Khadijah dalam peristiwa Habsyah ini pastinya sukar di kesan dalam lipatan sejarah terutamanya semasa dalam peristiwa Hijrah ke Habsyah. Namun, bagaimanakah pula dengan sejarah baginda berdagang barang dagangan Abu Talib dan Saiyiditina Khadijah sebelum diangkat menjadi Rasul?. Sesungguhnya, kehadiran Siti Khadijah bukanlah hanya sebagai seorang isteri, namun beliau adalah pedagang tersohor, diplomat berpengaruh, dan murabbi sejati. Keberadaan Siti Khadijah di Medan Perdagangan bukanlah suatu yang asing. Para sejawatnya mengakui keberhasilan Siti Khadijah, ketika itu mereka memanggilnya “Ratu Quraisy” dan “Ratu Mekkah”. Ia juga disebut sebagai at-Thahirah, yaitu “yang bersih dan suci”. Nama at-Thahirah itu diberikan oleh sesama bangsa Arab yang juga terkenal dengan kesombongan, keangkuhan, dan kebanggaannya sebagai laki-laki. Karenanya perilaku Khadijah benar-benar patut diteladani hingga ia menjadi terkenal di kalangan mereka. Pertama kali dalam sejarah bangsa Arab, seorang wanita diberi panggilan Ratu Mekkah dan juga dijuluki at-Thahirah. Orang-orang memanggil Khadijah dengan Ratu Mekkah karena kekayaannya dan menyebut Khadijah dengan at-Thahirah karena reputasinya yang tanpa cacat.
i) Membentuk (grooming) bakat kepimpinan anak muda baru
Secara jujurnya, ketika peristiwa ini berlangsung tiada siapa yang menjangka Saidina Usman bin Affan bakal menjadi Khalifah ketiga Islam, Zubair al-Awwam pahlawan Rasulullah dan Mus’ab bin Umair adalah naqib yang baginda hantar ke Madinah. Namun, sebagai sebuah proses pertarbiahan yang jangka panjang, baginda menyedari bakat-bakat ini tidak boleh dibiarkan terpendamkan begitu sahaja.
j) Kepentingan penguasaan media massa.
Adanya sebaran maklumat palsu. - tindakan propaganda media Quraisy. Apabila Saidina Umar al-Khatab memeluk Islam, telah sampai ka desas-desus menyatakan semua orang Makkah telah memeluk Islam. Apabila para sahabat yang berada di Habsyah mendengar perkara ini, mereka menjadi sangat gembira lantas berangkat pulang ke Kota Makkah namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kafir Quraisy sengaja menyebarkan omong-omong dusta sebagai helah untuk membuatkan orang Islam di Habsyah kembali balik ke kampung halaman. Dalam kisah ini dapat kita perhatikan, kesahihan media massa adalah penting. Dalam sirah di atas jelaslah menunjukkan bagaimana apabila kita gagal menguasai media massa maka kita akan mudah dieksploitasi. Oleh itu, sebagai seorang dai’e penguasaan media massa dan keprihatinan untuk menguasai media baru adalah sama pentingnya. Dalam dunia moden pada hari ini, dai’e semestinya mampu untuk menguasai internet dan memiliki telefon bimbit pelbagai fungsi bagi tujuan dakwah.
Secara kesimpulannya, sesempit mana sekalipun untuk melaksanakan sebuah urusan dakwah, dakwah mesti dilakukan. Soal bagaimana perlaksanaannya adalah perkara yang menjadi susulan.
No comments:
Post a Comment