23/02/2016, 07:42 - Atok Yein: Tuesday / ath-Thalaathaaʼ
14 Jumādā al-Ūlā 1437 - 23 February 2016
23/02/2016, 07:42 - Atok Yein: As Sabirin. Ta'alim Subuh.
Ust Yuti
23/02/2016, 07:42 - Atok Yein: <Media omitted>
23/02/2016, 07:42 - Atok Yein: <Media omitted>
23/02/2016, 07:42 - Atok Yein: <Media omitted>
23/02/2016, 07:42 - Atok Yein: <Media omitted>
23/02/2016, 07:42 - Atok Yein: <Media omitted>
23/02/2016, 07:42 - Atok Yein: <Media omitted>
23/02/2016, 07:42 - Atok Yein: <Media omitted>
23/02/2016, 07:42 - Atok Yein: <Media omitted>
23/02/2016, 07:42 - Atok Yein: <Media omitted>
23/02/2016, 07:42 - Atok Yein: <Media omitted>
23/02/2016, 10:35 - Kassim: Cerita Ustaz Kazim
.....................................................
Pengalaman DISANTAU!!!!
Saya dijemput menjadi imam qiamulail,selesai kuliah subuh
saya pulang ke rumah. Jumaat sekitar 9.30 pagi, dada saya sakit, badan
tiba-tiba sahaja lemah, kepala pening..saya muntah..masyaallah..darah membuak
keluar. Di hospital doktor kata sy terkena jangkitan virus. 6 hari terlentang,
anak sulung saya umur 2 tahun menangis siang malam. Saya terlalu lemah, dada
seperti dihiris-hiris. Setiap petang saya nampak lembaga perempuan berbaju
putih, berdiri di pintu sambil tersenyum berkata "padan muka..padan
muka".
Teman(Kawan) saya datang tidur dirumah, lari dia sebab dia
nampak lembaga hitam besar berdiri dan kencing atas dia..Masyaallah badan makin
lemah,mana-mana anggota dipegang pasti menjerit saya kesakitan.
Saya dibawa ke Kedah dan Batu Kurau untuk berubat. Di Batu
Kurau dapatlah jawapannya..saya disantau, kuku semua dah hitam, badan susut
mendadak..beribu-ribu miang buluh dikeluarkan dari dada saya,sakitnya Tuhan
sahaja yg tahu. Bilal tua yang merawati saya kata "sabar ni ujian
Allah.."
5 tahun kemudian dia meninggal kerana sakit tua. Sejak itu pantang
saya ialah makanan yang tajam dan berbisa sepeti tebu, rebung, kambing dan
beberapa jenis lagi. Ini kali pertama saya disantau. Perit, pedih dan sakit
sangat, bagi yang pernah kena dia tau lah macamana rasanya..kenangan yang
menginsafkan 1996/97
1997.
Kesakitan akibat di santau berterusan dan mengganggu kerja
dakwah saya. Serangan kedua lagi teruk,ramai yg datang membantu disamping
amalan tertentu,gangguan dalam rumah makin menjadi-jadi.Saya dibawa balik ke
Kedah untuk berubat,doktor mengesahkan saya tiada sebarang penyakit.
Tahapnya sampai orang masjid datang baca Yasin..saya redha
apa jua ketentuan Allah. Suatu malam, saya bermimpi didatangi seorang ulama,
memakai baju putih..mengucapkan salam..dipegangnya dada saya dan dibaca
beberapa potongan ayat Al Quran. Dia kata esok ambik 7 benda ni dan mandi gosok
seluruh badan..Insyaallah katanya Allah bagi kesembuhan.
Dalam mimpi itu saya dipertunjukkan dengan 6 orang yang
menyihir saya..gambar mereka ditunjuk satu-satu..saya tersedar dari tidur..Masyaallah,mimpi
apakah ini..mimpi benar atau mainan?
Siang esoknya sy gagahkan diri utk bercakap,minta disediakan
7 perkara itu,saya pun dimandikan dan saya masih ingat lebih 2 minggu saya
terlantar,batuk berdarah,hanya boleh minum susu sahaja..Pagi saya mandi pada
sebelah petangnya Alhamdulillah saya dah boleh duduk..saya kata lapar..nak
nasi..saya tengok org sekeliling saya menangis,saya minta nak pegang anak
saya,syukur dah boleh ingat banyak benda.
1998.
Saya pindah dari rumah sewa ke rumah sendiri di Batu
Gajah..dalam sibuk dok angkat barang,datang suami isteri..saya kenal
mereka,orang kaya,orang hebat deme ni.
Tiba-tiba suami dia peluk saya,si isterinya menangis..dia
kata
"maafkan kami ustaz" berkali-kali diulang
perkataan itu.
Saya tanya "nape?"
Dia jawab "kami lah yg menyihir ustaz,kami berdosa
sangat-sangat pada Ustaz".
Saya tanya "kenapa buat kat saya mcm ni?"
Dia jawab "Saya terasa bila ustaz tegur dalam kuliah
tentang orang yg tak berjemaah dimasjid, saya geram,saya menyampah dgn
kata-kata ustaz".
Saya jawab "takpe..Alhamdulillah,saya tak marah dan
simpan dlm hati".
Dia kata lagi "mereka berenam terlibat."
"Enam org?" saya terkejut..
Memang,saya kenal mereka kerana suami isteri inilah yg
ditunjuk dalam mimpi saya itu. Saya sebut nama lagi empat org,dia mengaku
betul,mereka yang aniaya saya.Saya cakap.pesan pada mereka saya maafkan mereka.
Sampai sekarang,kalau saya terserempak mereka berdua,sisuami
akan memeluk saya..satu keluarga rapat dan tiap-tiap tahun mereka datang
beraya(hari raya) dengan bawa sekali anak menantu cucu..langsung tiada dendam
dihati, Alhamdulillah.
2001.
Ketika itu menjadi Imam di Masjid Al-Aulia,Ipoh. Tabiat saya
ialah makan malam jam 6:30 petang..bila saya 3 kali suap baru saya perasan ada
banyak ulat didalamnya, bergerak-gerak, MasyaAllah,bila saya buang ke lantai
jadi nasi tapi dalam pinggan berulat.
Saya tanya isteri,ni nasi bila? Dia jawab baru masak. 3 hari
berturut-turut sebelum itu tikar getah rumah saya diselak-selak sedangkan ada
kusyen, meja makan dan almari kitab diatasnya. Berombak macam ada orang
mengibasnya. Itulah permulaan serangan ketiga pada saya dan kali ini paling
teruk,saya terlantar sebulan malah tak dapat mengingati orang disekeliling
saya. Sakitnya sangat kuat sehingga mengganggu keluarga..berpuluh-puluh ustaz
dan pengamal perubatan tradisional datang membantu..saya ucapkan terima kasih
kepada Dato' Ismail kamus, Dato' Syeikh Mohd Nor, Ustaz Che Leh. Ustaz Ridzuan
yang tak putus dan jemu membantu dan ribuan pelajar yang membuat solat hajat dan
yang datang berubat dari seluruh negara.
Inilah kesakitan yang paling saya deritai hingga ke saat
ini..Mungkin tuan puan kata saya ni dok cerita pengalaman peribadi sahaja tapi
saya ingin mengajak pada semua agar sabar dengan ujian dan mudah-mudahan Allah
mengampuni dosa kita. Kesakitan pada 2001 adalah pengalaman yang sangat
berharga kerana mendorong saya mempelajari ilmu perubatan Islam secara lebih
mendalam apabila Dato' Ismail Kamus berkata pada saya..."Anta berubatlah
akan diri anta sendiri.."
Alhamdulillah..selepas sebulan tak bangun, tak boleh tidur,
takde selera makan,hilang banyak ingatan, saya bangun dengan izin Allah...saya
temui jawapannya bila saya dan sahabat saya dari Indonesia menemui bangkai
anjing ditanam dalam halaman rumah...Apa jenis manusia ini...Apa salah
saya...???
Apapun yang baiknya saya dapat belajar banyak perkara dari
ujian ini antaranya... Saya belajar perubatan Islam.. Kedua, saya dapat tahu
mana kawan masa susah senang dan kawan masa kita senang sahaja..Terima Kasih kawan
dan sahabat yang tolong saya.
Ustaz Kazim Elias
No comments:
Post a Comment