24/02/2016, 09:54 - Atok Yein: <Media omitted>
24/02/2016, 09:54 - Atok Yein: Aa Sabirin
Ta'alim Subuh 15 Jumada al-Ula 1437 Ust Huzaimi
24/02/2016, 09:54 - Atok Yein: <Media omitted>
24/02/2016, 09:54 - Atok Yein: <Media omitted>
24/02/2016, 09:54 - Atok Yein: <Media omitted>
24/02/2016, 09:54 - Atok Yein: <Media omitted>
24/02/2016, 09:54 - Atok Yein: <Media omitted>
24/02/2016, 09:54 - Atok Yein: <Media omitted>
24/02/2016, 09:54 - Atok Yein: <Media omitted>
24/02/2016, 09:54 - Atok Yein: <Media omitted>
24/02/2016, 09:54 - Atok Yein: <Media omitted>
24/02/2016, 09:54 - Atok Yein: <Media omitted>
24/02/2016, 09:54 - Atok Yein: <Media omitted>
24/02/2016, 09:54 - Atok Yein: <Media omitted>
24/02/2016, 09:54 - Atok Yein: <Media omitted>
24/02/2016, 09:54 - Atok Yein: <Media omitted>
24/02/2016, 09:54 - Atok Yein: <Media omitted>
24/02/2016, 10:05 - Atok Yein: #Tazkirah Wednesday#
ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ
وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد
Tazkirah 15 Jumadil al-'ula 1437 @ 24 Feb 2016
KENAPA KITA BERBEZA FAHAMAN?
Suatu hari, dalam majlis seorang Ulama, seorang pemuda telah
bangun bertanya, "Maulana, saya nak tanya. Kita semua, umat Islam seluruh
dunia membaca al Quran yang sama. Tapi, kenapa fahaman kita lain-lain?"
Jawab Ulama itu, "Kamu dah kahwin atau belum?"
"Belum."
"Oh, kalau belum, susah sikit la saya nak terangkan.
Tapi takpa. Saya akan gunakan tamsilan yang paling mudah."
Penerangannya seperti ini:
Katakan kita adalah seorang suami. Apabila kita balik rumah,
kita pun bagitau kat isteri kita, "Sayang, nak air."
Maka, isteri kita bawakan kepada kita air minuman.
Keesokan hari, kita nak basuh kereta. Kita pun kata kat
isteri kita, "Sayang, nak air."
Isteri kita pun bawa air berserta sabun.
Hari yang lainnya, kita nak masuk jamban tapi air tiada
dalam jamban. Jadi terpaksa bawa air dari luar. Kita pun bagitau kat isteri
kita, "Sayang, nak air."
Isteri kita pun bawakan kepada kita air paip yang suci di
dalam baldi.
Soalannya, kita menggunakan ayat yang sama tapi kenapa
isteri kita bawa air yang tidak sama? Ada air minum, ada air sabun, ada air
mutlak. Kenapa?
Sebab, fahaman isteri kita ikut keadaan dan suasana.
Maka, begitulah dengan fahaman terhadap Al Quran, mengikut
suasana orang tersebut.
Orang politik, akan faham Al Quran mengikut fahaman
politiknya.
Orang bisnes akan fahamAll Quran dan sesuaikan dengan bisnes
dia.
Orang ISIS akan faham Al Quran ikut takrif jihad dia.
Orang sains akan faham Al Quran dan kaitkan dengan sains
dia.
Orang matematik akan sibuk mengira huruf Al Quran.
Orang teori konspirasi akan sesuaikan Al Quran ikut
teorinya.
Dan macam-macam lagi.
"Jadi, fahaman manakah yang betul?" soal pemuda
tadi.
"Nak faham Al Quran dengan cara yang betul, kita kena
duduk dalam suasana sebagaimana Al Quran itu diturunkan iaitu suasana zaman
Nabi dan para Sahabat."
Jadi, bagaimana kita nak hidupkan suasana pada zaman Nabi
dan Sahabat?
Apa yang Nabi buat,
kita buat. Apa yang Sahabat buat, kita buat. Barulah suasana tu hidup. Barulah
kefahaman yang sebenar akan datang".Ayuh sahabat semua kita hidupkan
sunnah nabi saw,sunnah nabi yang terbesar adalah meletakkan Al-Quran sebagai dustur
(perlembagaan) hidup!.
Selamat beramal dan beristiqomah.
24/02/2016, 10:06 - Atok Yein: PADA keseluruhannya Kaabah
adalah suatu binaan mulia yang penuh dengan keberkatan. Al Tabrani meriwayatkan
di dalam al-Mu`jam al-Kabir daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah SAW
menyatakan: “Sesungguhnya Allah menurunkan 120 rahmat ke atas Kaabah, setiap
hari 60 untuk orang yang melakukan tawaf, 40 untuk orang yang solat dan 20
untuk orang yang memandangnya.”
Bagaimanapun, ada beberapa bahagian Kaabah yang menjadi
tumpuan dan perhatian lantaran kelebihannya.
Hajarul Aswad
Hajarul Aswad adalah sepotong batu yang berasal dari syurga.
Warna asalnya adalah lebih putih daripada susu. Dikatakan ia menjadi hitam
kerana luruhnya dosa manusia yang mengucupnya. Pelbagai peristiwa sejarah
dilalui oleh Hajarul Aswad. Hinggalah ke hari ini yang masih tinggal daripada
Hajarul Aswad adalah sebanyak lapan kepingan sebesar biji tamar yang diikat
pada lilin yang dicampur kasturi di dalam lingkungan perak. Sesiapa yang ingin
mengucupnya hendaklah meletakkan mukanya ke atas kepingan itu.
Rukun Yamani
Rukun Yamani adalah penjuru Kaabah yang bertepatan dengan
Rukun Hajarul Aswad bagi orang yang sedang tawaf. Ia adalah salah satu daripada
dua rukun yang didirikan di atas asas binaan Nabi Ibrahim. Rasulullah SAW
menyentuh rukun itu ketika tawaf.
Hijr Ismail
Pada asalnya kawasan Hijr Ismail termasuk dalam binaan
Kaabah yang dibina oleh Nabi Ibrahim. Ia dikeluarkan dari Kaabah ketika binaan
Quraisy. Justeru, solat di dalamnya menyamai solat di dalam Kaabah.
Multazam
Multazam adalah kawasan hadapan Kaabah di antara Hajarul
Aswad dan pintu kaabah. Dikatakan Multazam adalah kawasan yang paling mustajab
doa. Menurut sebahagian riwayat orang Quraisy sebelum Islam menjadikan Multazam
tempat melafazkan sumpah terutama bagi menyelesaikan perbalahan di kalangan
mereka.
Mizab
Mizab adalah pancuran emas yang diletakkan bagi menjadi
laluan air dari bumbung Kaabah masuk ke dalam Hijr Ismail. Menurut sebahagian
pendapat di bawahnya adalah di antara tempat paling mustajab berdoa.
Syazarwan
Syazarwan adalah jubin yang dibina di bahagian bawah dinding
Kaabah. Tingginya lebih kurang dua kaki. Ia diletakkan untuk menandakan saiz
asal Kaabah yang dikurangkan ketika binaan Quraisy berbanding binaan Nabi
Ibrahim. Justeru, ia adalah sebahagian daripada Kaabah. Bertawaf di atasnya
atau sebahagian anggota badan di atasnya menyebabkan tawaf tidak sah.
Kiswah
Kiswah adalah kelambu atau kain yang menutupi Kaabah.
Diriwayatkan orang pertama yang meletakkan kiswah Kaabah adalah Tubba al
Himyariyy As`ad Abi Karb. Kiswah Kaabah diperbuat daripada 658 kilogram sutera
mentah yang ditenun. Ukurannya selepas siap ditenun adalah 658 meter persegi.
Kos pembuatannya adalah 17 juta Riyal Arab Saudi. Kiswah akan diganti dengan
yang baru pada pagi 9 Zulhijah (hari Wuquf) setiap tahun.
Makam Ibrahim
Makam Ibrahim adalah batu yang ada kesan dua tapak kaki Nabi
Ibrahim. Batu itu sekarang ini diikat dengan perak dan diletakkan di dalam
sebuah tempat yang diperbuat daripada tembaga berwarna keemasan. Menunaikan
solat di sisi Makam Ibrahim adalah suatu yang mempunyai kelebihan yang besar.
Allah berfirman bermaksud : “Dan ingatlah ketika kami jadikan Baitullah sebagai
tempat berhimpun bagi manusia dan tempat yang aman. Dan jadikanlah sebahagian
dari Makam Ibrahim sebagai tempat solat.” (Surah al-Baqarah, ayat 125)
Telaga Zamzam
Telaga Zamzam adalah sebuah telaga di hadapan Kaabah di
kawasan di antara Hajarul Aswad dan Multazam. Ia dikatakan terbit daripada
terjahan kaki Nabi Ismail. Ada riwayat yang menyatakan ia terbit hasil pukulan
sayap Jibrail. Kelebihan air dari Telaga Zamzam ini dinyatakan di dalam
beberapa hadis.
MAKAM IBRAHIM
Makam Ibrahim bukanlah kuburan Nabi Ibrahim sebagaimana
dugaan atau pendapat sebahagian orang-orang kebanyakan. Ia adalah merupakan
bangunan kecil yang terletak lebih kurang 20 hasta di sebelah timur Kaabah. Di
dalam bangunan kecil ini terdapat sebiji batu dan di atas batu itulah Nabi
Ibrahim berdiri di waktu baginda membangunkan Kaabah dan puteranya Nabi Ismail
memberikan batu kepadanya.
Di sini kita dituntut berdoa selepas melakukan
sembahyang sunat tawaf 2 rakaat. ::)
Batu itu dipelihara Allah, sekarang ini sudah ditutup dengan
perak. Sedangkan bekas kedua tapak kaki Nabi Ibrahim panjangnya 27 cm,
lintangnya 14 cm dan dalamnya 10 cm masih nampak dan jelas dilihat.
Atas perintah Khalifah Al Mahdi Al Abbasi di sekeliling batu
makam Ibrahim itu telah diikat dengan perak dan dibuat kandang besi berbentuk
sangkar burung.
KISAH ASAL USUL BEKAS TAPAK KAKI NABI IBRAHIM A.S (MAQAM)
Setelah Nabi Ismail bersetuju untuk membantu Nabi Ibrahim
membangunkan Kaabah, maka Nabi Ibrahim bersama dengan anaknya pun mula membina
Kaabah setelah Allah S.W.T menunjukkan kepada mereka tempat yang harus dibina
Baitullah itu.
Ada dua riwayat yang mengatakan bahwa Allah S.W.T
meninggikan tapak Baitullah sebelum dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya, tapak
Baitullah tidak terkena bala bencana taufan sewaktu taufan besar melanda.
Satu riwayat lagi mengatakan bahwa tapak Baitullah itu telah
runtuh dalam taufan besar sepertimana runtuhnya binaan-binaan besar yang lain.
Setelah peristiwa taufan besar melanda maka sesungguhnya tidak ada orang lain
yang mulakan pembinaannya semula kecuali Nabi Ibrahim dan anaknya.
Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail memulakan pembinaan Baitullah.
Nabi Ibrahim menyusun naik batu sementara Nabi Ismail pula mengutip batu-batu
besar seperti yang difirman oleh Allah S.W.T yang bermaksud, “Dan (ingatlah)
ketika Nabi Ibrahim bersama-sama anaknya Nabi Ismail meninggikan binaan (tapak)
Baitullah (Kaabah) sambil keduanya berdoa dengan berkata, “Wahai Tuhan kami!
Terimalah, daripada kami amal kami sesungguhnya Engkau amat mendengar lagi Amat
Mengetahui.” (surah al-Baqarah ayat 127).
Apabila binaan sudah meninggi, Nabi Ismail, menghulurkan
batu besar yang cukup tinggi dan diambil oleh Nabi Ibrahim dan membina
Baitullah sehingga ia siap pembinaannya. Maka dengan kehendak Allah S.W.T
sebaik saja Nabi Ibrahim meletakkan kakinya di batu besar itu, maka terlekatlah
tapak kaki Nabi Ibrahim sepertimana dapat kita melihatnya sehingga hari ini
dekat Baitullah. Dan ini adalah suatu tanda kebesaran Allah S.W.T.
Apabila agama Islam datang, Allah S.W.T mensyariatkan untuk
bersembahyang di belakang maqam Ibrahim sepertimana firman Allah yang
bermaksud, “Dan jadikanlah oleh kamu maqam Ibrahim itu tempat sembahyang.”
(surah al-Baqarah ayat 125).
Telaga Zamzam
Telaga Zamzam (atau Zamzam Well, atau Zamzam; B. Arab: زمزم)
ialah telaga biasa yang terletak di dalam Masjidil Haram di Makkah, hampir
dengan Kaabah, tempat paling suci dalam Islam.
Telaga zam-zam merupakan satu-satunya sumber air bersih dari
bawah tanah di Mekah satu ketika dahulu. Umat Islam sangat mengambil berat
tentang air zamzam ini untuk air wuduk dan perubatan.
Mata air telaga Zamzam
Sejarah
Umat Islam percaya telaga zam-zam dibina oleh Siti Hajar
isteri kedua Nabi Ibrahim a.s dan ibu kepada anak Nabi Ibrahim iaitu Nabi
Ismail.Siti Hajar dan anak kecilnya Nabi Ismail kehausan di kawasan gurun
kering kontang . Lantaran itu Siti Hajar berlari anak 7 kali antara Safa dan
Marwa untuk mendapatkan air untuk anak kecilnya itu.Allah menghantar malaikai
Jibrail untuk mengeluarkan air suci dari tengah-tengah padang pasir itu.
Lokasinya ialah tempat Nabi Ismail menghentak-hentak kaki dan menangis. Siti
Hajar mengepong kawasan mata air itu dengan batu-batu dan memanggil zamzam yang
bermaksud ‘kepung air’. Ketika itu Mekah belum ada penduduk.
Datuk Nabi Muhamad s.a.w bernama Abdul Muttalib telah
menjaga, mengurus dan menjaga keselamatan satu-satunya sumber air di kota Mekah
zaman pra Islam.
Riwayat mengatakan sejarahnya adalah berhubung kait dengan
sejarah Nabi Ismail dan ibunya Siti Hajar (isteri Nabi Ibrahim ) yang datang ke
Makkah. Mengikut asal mula riwayat telaga ini adalah seperti berikut; Nabi
Ibrahim a.s. mempunyai dua orang isteri; Siti Sarah (ibu Nabi Ishaq) dan Siti
Hajar (ibu Nabi Ismail).
Pada satu ketika terjadi pertelingkahan antara kedua isteri
tersebut sehingga Siti Sarah bersumpah tidak akan tinggal bersama-sama ibu
Ismail dalam satu negeri. Kemudian turunlah wahyu kepada Nabi Ibrahim supaya
baginda bersama-sama anak dan isterinya (Ismail dan Hajar) pergi ke Makkah. Di
waktu itu Makkah belum didiami manusia, hanya merupakan lembah pasir dan
bukit-bukit yang tandus dan tidak ada air.
Apabila mereka tiba di Makkah, mereka tinggal di bawah
sepohon pokok yang kering. Di tempat inilah bangunan Kaabah yang ada sekarang.
Tidak berapa lama, kemudian Nabi Ibrahim meninggalkan mereka dengan dibekalkan
sekantong kurma dan sekibah air.
Siti Hajar memerhatikan sikap suaminya yang menghairankan
itu lalu bertanya ;
“Hendak kemanakah engkau Ibrahim?”
“Sampai hatikah engkau meninggalkan
kami berdua ditempat yang sunyi dan tandus ini?”.
Pertanyaan itu berulang kali, tetapi Nabi Ibrahim tidak
menjawab sepatah kata jua pun.
Siti Hajar bertanya lagi;
“Adakah ini memang perintah dari
Allah?”
Barulah Nabi Ibrahim menjawab, “ya”.
Mendengar jawapan suaminya yang ringkas itu, Siti Hajar
gembira dan hatinya tenteram. Ia percaya hidupnya tentu terjamin walaupun di
tempat yang sunyi, tidak ada manusia dan tidak ada segala kemudahan. Sedangkan
waktu itu, Nabi Ismail masih menyusu.
Selang beberapa hari, air yang dibekalkan Nabi Ibrahim
habis. Siti Hajar berusaha mencari air di sekeliling sampai mendaki Bukit sofa
dan Marwah berulang kali sehingga kali ketujuh (kali terakhir ) ketika sampai
di Marwah, tiba-tiba terdengar oleh Siti Hajar suara yang mengejutkan, lalu ia
menuju ke arah suara itu. Alangkah terkejutnya, bahawa suara itu ialah suara
air memancar dari dalam tanah dengan derasnya. Air itu adalah air zam-zam.
Di sini Siti Hajar bertemu dengan Malaikat Jibril dan Jibril
mengatakan kepadanya, ” Jangan khuatir, di sini Baitullah ( rumah Allah ) dan
anak ini (Ismail ) serta ayahnya akan mendirikan rumah itu nanti. Allah tidak
akan mensia-siakan hambaNya”.
Air zam-zam mempunyai keistimewaan dan keberkatan, ia boleh
menyembuhkan penyakit, menghilangkan dahaga serta mengenyangkan perut yang
lapar. Keistimewaan dan keberkatan itu di sebut dalam sepotong hadith Nabi yang
bermaksud:, ” Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
“sebaik-baik air di muka bumi ialah air zam-zam, ia merupakan makanan yang
mengenyangkan dan penawar bagi penyakit “. Riwayat – At Tabrani dan Ibnu Hibban.
Perkataan “zamzam” dipercayai berasal daripada ungkapan
“zomk-zomk” bermakna “berhenti mengalir” – yang diluahkan oleh Siti Hajar dalam
percubaannya menakung air yang berhamburan keluar.
Menurut hadis, Abu Tharr Al-Ghifari, sahabat Nabi Muhammad S.A.W,
berkata semasa beliau mula-mula tiba di Mekah pada zaman permulaan Islam,
beliau hidup dengan meminum air zamzam selama sebulan.
Maklumat fizikal
Telaga zamzam dalamnya 30 meter sahaja dan kedalaman air
hanya 3.32 meter. Dapat bayangkan. Ada beberapa punca mata air di bawah 13
meter.
Ujian mengeluarkan air pada kelajuan 8000 liter/second
selama tempoh 24 jam menunjukkan paras air surut dari para 3.23 meter kepada
12.72 meter dan kemudian 13.39 meter selepas itu. Paras air kembali normal ke
paras 3.9 meter selepas 11 minit.
Semasa ibadah umrah dan haji, para jemaah telah meniru
larian Siti Hajar dari Safa ke Marwa sebanyak 7 kali yang dikenali ebagai
ibadah Sae’i. Air zamzam dapat mengubat penyakit mental. Jenazah yang meninggal
dunia dimandikan dengan air zamzam.
Jabatan Geologi Arab Saudi telah membuat kajian tentang cara
pengurusan air zamzam dan menambah jumlah air bagi menampung keperluan jemaah
semasa menunaikan haji, membawa balik untuk saudara-mara dan pelbagai tujuan
lain.
Kajian menunjukkan air zamzam mengandungi pelbagai mineral
seperti kalsium, magnesium dan fluorida.
sudah semestinya air Zamzam adalah terbaik didunia.
No comments:
Post a Comment